in

“Have some respect” – Nabil Mahir Bengang Ada Yang Pandai-pandai Umum Ayda Jebat Mengandung?

Collage 54

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak beberapa hari ni, ramai yang tertanya-tanya adakah pasangan yang baru dua bulan mendirikan rumah tangga ini dah berisi?


Ini ekoran posting yang dibuat oleh Ayda Jebat di Twitter dan reaksi Nabil Mahir ketika dia membuat aksi dengar perut yang dimuat naik dalam Instastory milik Ayda.

Pun begitu, kedua-dua selebriti ini masih belum mengesahkan khabar angin tersebut.

Namun semalam, ada portal yang telah mengesahkan berita kehamilan Ayda ini selepas dikatakan mendapat maklumat ini dari sumber terdekat.

Ekoran ini, Nabil telah memuat naik posting di Instagram peribadinya meluahkan rasa kekecewaan di atas keterlanjuran portal tersebut.

Hari ni kami pening, marah & sedih sampai mengalir air mata kerana ramai yg terasa, tersentap dan yang ingin tahu. Stress yang tak diperlukan. Mungkin kalau betul, bukan saja saya & Ayda malah artis atau orang lain ada alasan tersendiri kan? 

Jika betul pun khabar itu, tiada seorang ibu atau bapa dlm dunia ini yg inginkan berita gembira mengenai zuriat pertama mereka dirampas & dijadikan sebagai viral di portal gossip.

Call tak pickup, cakap meeting. Meeting sampai mlm? Viralkan artikel laju, nk jawab call susah?

Di dalam posting ini juga, Nabil turut mengucapkan terima kasih di atas doa dan ucapan orang ramai namun masih belum mengesahkan kebenaran khabar yang disampaikan.

Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk pasangan ini…

 

Baca: Isteri Mengidam, Posmen Tulis Atas Parcel Pelanggan Minta Mangga Untuk Isteri Yang Sarat Mengandung

Screenshot 2021 02 25 At 12.09.26 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.