in

Hasil Minta Sedekah 13 Tahun, Pengemis Ni Berjaya Kumpul Wang Simpanan Hingga RM149k!

pengemis kaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa perasaan korang bila dengar cerita pasal pengemis yang kaya hasil dari wang sedekah orang ramai?

Macam baru-baru ni, viral di negara jiran Indonesia apabila akaun bank seorang lelaki yang merupakan seorang pengemis tular di media sosial menunjukkan wang simpanannya di dua buah bank mencecah sehingga ratusan juta rupiah.


Wang simpanan lelaki ini telah menjadi bahan bualan netizen yang rata-ratanya tak percaya dengan hasil yang dimiliki oleh Lutfi Haryono  ini.

Ekoran ini juga, Lutfi turut dipanggil oleh pihak polis di sana untuk memberikan keterangan mengenai jumlah wang yang diperolehinya itu.

fakta pengemis punya tabungan rp490 juta di gorontalo kini kapok minta minta setelah viral

Menurut pihak polis di sana, Lutfi telah mula meminta sedekah sejak 13 tahun yang lalu selepas dia berpisah dengan isterinya dan turut mengesahkan lelaki ini memang mempunyai wang simpanan sebanyak RP490 juta (RM149k) di dalam dua akaun bank.

Tak cukup dengan itu, lelaki ini juga turut mengaku yang dia telah memaksa penduduk-penduduk di sekitar tempat tinggalnya untuk memberikannya wang.

Namun begitu, Lutfi menjelaskan bahawa wang simpanannya itu bukan semuanya hasil dari meminta sedekah, dia juga pernah bekerja di restoran dan kedai makan untuk mendapatkan duit.

Untuk pengetahuan korang, duit hasil meminta sedekah ini juga turut digunakan lelaki ini untuk membina rumah buat dirinya. Fuh masyukkk

Bagaimanapun, Lutfi berjanji bahawa dia tidak akan mengemis lagi selepas ini dan akan mula membuka warung untuk meneruskan kehidupan.

Duit pun dah cukup buat modal berniaga kan?

Sumber: Tribun News

 

Baca: Bukan Main Canggih, Pengemis Di China Hanya Guna QR Pay Untuk Terima Sedekah

page pengemis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.