in

Hartawan Air Botol Mengalahkan Jack Ma, Zhong Shanshan Kini Diiktiraf Sebagai Orang Terkaya di China

Zj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Inilah orang terkaya yang baru di China, Zhong Shanshan.


Pengasas jenama air botol Nongfu Spring yang terkenal di China ini telah mengambil alih tempat Jack Ma (Pengasas Alibaba) sebagai orang paling kaya di situ menurut index Bloomberg Billionaires.

“Awal bulan ni, Zhong pernah menduduki tempat ke-3 terkaya di China” – CNN

Kiranya, dia ambil masa tak sampai sebulan pun untuk naik dari yang ke-3 terkaya terus ke tempat pertama!

Rabu ini, anggaran nilai bersih Zhong telah mencecah 58.7 bilion dolar, mengalahkan Jack Ma yang ketika ini 56.7 billion dolar menurut kiraan Bloomberg.

Dengan ini dia juga telah mendahului Pony Ma, pengasas Tencent (TCEHY).

“Biasanya anda akan sangka nombor satu terkaya di China datang dari bidang teknologi”Rupert Hoogewerf, pengerusi Hurun Report, firma penyelidik kekayaan.

Uniknya Zhong bukanlah usahawan teknologi seperti Jack Ma dan Pony Ma.

93

Dia merupakan pengasas perniagaan air botol, Nongfu Spring, dan dia juga adalah ketua pencipta vaksin di Beijing Wantai Biological Pharmacy. Syarikat tersebut yang telah terkenal di Shanghai pada awal tahun ini turut menaikkan kekayaan Zhong.

 

Dikenali sebagai lone-wolf

Berlainan dengan usahawan yang lain, Zhong lebih low-profile dan lebih tertutup menyebabkan dia kurang dikenali. Disebabkan ini, dia telah mendapat gelaran ‘lone-wolf’.

Tambah Rupert, Zhong tak mempunyai ramai kenalan sesama usahawan.

Dia cuma buat kerjanya sendiri. Agak menakjubkan kerana bukan saja dia buat satu empayar bisnes bernilai 10 bilion dolar, tapi dua empayar yang masing-masing bernilai 10 bilion dolar.”

Tak sangka dengan bisnes air botol, dia boleh menjadi orang terkaya kat sana. Tak ada yang mustahil jika kita ada matlamat dan berusaha. Admin pun nak buat bisnes air botol juga lah lepas ni.

 

Baca : “Memang a good boss” – Bisnes Terjejas Sebab Covid-19, Mila Jirin Jual Kek Untuk Bayar Gaji Staff

4 3 3

Sumber: Google

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.