in

Haris Ismail Nak Saman Wanita Yang Tuduh Paksa Stokis Bayar RM70K Secara Tunai

Ft Haris Saman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Neelofa dan Haris Ismail sekali lagi menjadi bualan hangat berhubung dengan isu stokis penjualan inai yang tular baru-baru ini.



Ia berikutan dengan dakwaan daripada seorang wanita apabila ada seorang stokis dipaksa oleh pihak HQ untuk ambil stok inai yang banyak dan bayar secara tunai.

Boleh baca selanjutnya disini.

Isu tersebut telah membuatkan Haris Ismail rasa terpanggil dan tampil membuat penjelasan atas segala tuduhan yang dilemparkan.

 

Bakal ambil tindakan

Menerusi IG Story miliknya hari itu, Haris ada muat naik gambar individu yang menuduhnya dan menegaskan bahawa dia akan ambil tindakan undang-undang terhadap wanita tersebut atas tuduhan memfitnah Innai Nunha.

Haris Saman

Dalam pada itu. Haris juga turut menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah memaksa mana-mana stokis untuk membuat pembayaran secara tunai, malah pendakwah bebas itu turut melampirkan bukti pembayaran secara online oleh stokis lain.

Haris Saman 2

Haris Saman 3

Memandangkan maruahnya dipermainkan atas tuduhan aniaya orang, Harris menegaskan bahawa dia tidak akan berdiam diri lagi.

Haris Saman 4

Haris13

Haris juga turut memberikan respon terhadap kenyataan wanita terbabit yang turut berani lawan terhadap kes ini. Apapun, mudah-mudahan isu ini selesai, sama-sama nak cari makan kan?

Baca : “Lari dari cukai ke?” – Stokis Dakwa HQ Paksa Ambil Stok Inai Banyak-banyak & Bayar Guna Cash?

Collage 20

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.