Sambutan Hari Raya Aidilfitri memang lebih meriah dari ‘raya terkejut’ tahun sudah. Kenapa min cakap macam tu, cuba tengok keadaan trafik sebelum dan selepas, suasana di mall-mall sebelum raya dan macam-macam lagi lah.
Selain itu, kalau korang perasan kan, raya kali ni banyak bertumpu kepada Gen-Z atau generasi selepasnya yang sudah biasa dengan gajet, teknologi dan juga capaian telefon atau internet yang pantas untuk update sosial media masing-masing semasa beraya.
Kalau bukan telefon, ibu bapa akan berikan tablet untuk anak-anak supaya mereka behave atau tidak bosan. Lebih-lebih lagi apabila berkunjung ke rumah saudara mara atau bila pulang ke kampung lah.
Satu je yang min perasan, tahun ni banyak rumah yang dah bersedia dengan barangan atau gajet yang sedikit sebanyak nak ‘memenangi hati’ Gen-Z dan seterusnya ini. Antaranya ialah :
Aircond
Walaupun fenomena cuaca panas yang melanda negara sekarang ini dijangkakan akan berakhir menjelang Aidilfitri, mempunyai pendingin hawa atau aircond mungkin salah satu pembelian yang sangat berbaloi menjelang raya nanti.
Apa yang pasti, ia akan buat kanak-kanak ataupun bayi selesa dan kurang meragam dengan keadaan rumah yang sejuk dan sebagainya. Tapi kalau bajet kurang, beli je satu atau dua unit kipas lantai tu sebagai back-up.
Permainan Video
Selain bermain dengan telefon atau gajet masing-masing, biasanya anak-anak kecik atau adik-adik Gen-Z ni mesti akan tertarik dan ‘lepak’ lama sikit dekat rumah saudara mara yang ada permainan video macam PlayStation ke, Xbox ke dan sebagainya.
Kalau tak ada, jangan membazir beli baru, kita cuba tukar, biar diorang main board games pulak!
Kepala plug & cable pelbagai jenis
Soalan “ada charger sekian-sekian tak” ni pasti akan didengari kalau kita datang rumah sedare mare kan? Lagi-lagi kalau kita memang tahu diorang tu pakai phone atau brand yang sama dengan kita.
Jadi rasanya elok sediakan satu set plug yang boleh mengecas banyak peranti dalam satu masa berserta kabel pelbagai jenis. Alah, beli yang murah-murah je pun boleh. Yang penting ada untuk semua.
WiFi
Selain cable tadi, WiFi pun antara salah satu perkara yang agak dan sangat penting lah sekarang ni. Kalau bukan tetamu pun, kita sendiri dekat rumah pun mesti nak ada capaian internet jugak, paling best, kalau capaian dia tu kuat, tak terganggu dan paling penting, laju!
Jadi puas hati lah jugak nak stream movie ke, main game ke dan sebagainya. Macam ada satu rumah yang min pergi baru-baru ni, diorang gunakan Jalur Lebar Wayarles Yes 5G. Jalur lebar rumah 5G tanpa wayar yang pertama di Malaysia.
Tak cukup dengan tu, dia ni jenis plug & play tau, jadi tiada pemasangan diperlukan dan bila dah tanpa wayar tu, korang bayangkan ajelah, boleh bawak ke mana-mana kawasan dalam rumah tu kalau korang rasa tak cukup laju lagi.
Nak tahu apa akan jadi kalau Wifi tak cukup laju? Dia akan jadi macam ni :
Pelan Promosi Raya
Sempena tempoh promosi raya ni, korang boleh dapatkan Jalur Lebar Tanpa Wayar Yes 120Mbps ni dengan hanya RM99 sebulan, kalau tidak memang harga untuk sebulan adalah RM148.
Jadi kalau korang sign-up sekarang, korang akan jimat 33% dan dalam pelan tersebut korang akan dapat
- Data 5G tanpa had
- Data 4G LTE kelajuan tanpa had (150GB)
- Peranti 5G Infinite Gateway PERCUMA (Harga asal RM1,199)
- Polisi pemulangan 7 hari
- Kontrak 24 bulan
Sebenarnya bukan sahaja Gen-Z, tapi generasi sebelumnya termasuklah atok nenek kita sekarang ini pun dah celik IT dan mahukan capaian internet yang memuaskan untuk diorang tengok perkembangan semasa melalui sosial media ke, baca surat khabar online dan boleh dengar ceramah agama di TikTok!
Jadi, tunggu apa lagi, upgrade internet rumah korang dengan Pelan Promosi Raya Jalur Lebar Tanpa Wayar Yes 120Mbps pada harga RM99 sebulan.