Siapa je yang tak kenal dengan pasangan paling loving John Legend dan Chrissy Teigen ni?
Baru-baru ini, Chrissy, seorang model dan selebriti yang sering disayangi netizen kerana sikap selamba dan sering melawak ini kongsikan pada Rabu lepas, dia dan John telah kehilangan anak ketiganya beberapa hari selepas dia kongsi kandungannya mengalami komplikasi.
Balik rumah dari hospital tak ada anak.”
Bersama perkongsian ini, Chrissy turut memuat naik beberapa gambar hitam putih di Twitter dan Instagram peribadinya menunjukkan detik-detik dia kehilangan anak lelaki dalam kandungannya itu.
Kalau korang nak tahu, sebelum ini Chrissy ada kongsikan yang dia telah dimasukkan ke dalam hospital selepas terlepas cakap yang dia mengandung bulan lepas.
Dalam posting menyayat hati tersebut, Chrissy mengatakan yang dia dan John sebelum ini hanya namakan anak dorang lepas dah lahir, tapi kali ini dorang dah mula panggi anak dalam kandungan tu dengan nama “Jack”.
Dalam perkongsiannya ini, Chrissy menceritakan yang dorang tak dapat nak selamatkan anak dorang walaupun dah buat banyak pemindahan darah.
Kami sangat terkejut dan dalam keadaan sakit yang teramat sangat, sakit yang tak pernah kami rasa.
Kami tak dapat nak hentikan pendarahan dan beri cecair yang cukup untuk bayi kami walaupun dah buat banyak pemindahan darah. Ia tetap tak mencukupi.”
Perkongsian ini juga turut mendapat pujian dari orang ramai kerana keberanian pasangan ini untuk tunjukkan kesedihan dorang semasa menghadapi saat sukar ini dan pada masa yang sama dapat menghilangkan stigma masyarakat bila berhadapan dengan keadaan seperti ini.
Takziah…
Baca: Wanita Keguguran Menyamar Jadi Nurse Untuk Curi Bayi Ibu Lain Ketika Sedang Tidur