in

“Harap kes disiasat betul-betul” – Anggota Polis Cedera Dilanggar Kereta Dipandu Bekas Ahli Politik

Ft Polis

Dalam kejadian jam 11.30 malam Isnin leoas, seorang anggota polis cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta dipandu bekas ADUN Pulau Pinang. Menurut Awani, kejadian itu berlaku di lampu isyarat hadapan sebuah pasar raya Jalan Thean Teik, Air Itam, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata mangsa yang merupakan anggota berpangkat Lans Koperal sedang menunggang motosikal sendirian seebelum dilanggar kereta lelaki berusia 55 tahun di bahagian belakang sebelah kanan.

Polis6

Polis3

Akibat perlanggaran itu, mangsa berusia 27 tahun itu terjatuh dan cedera tapak tangan kiri serta luka di dahi serta telah menerima rawatan di Zon Kuning Hospital Pulau Pinang.

“Siasatan awal mendapati, lelaki yang memandu kereta jenis Toyota Camry mendakwa datang dari arah pusat bandar menghala ke Balik Pulau.”

“Ketika berada di lampu isyarat di hadapan sebuah pasaraya, tiba-tiba sebuah motosikal dari arah sama masuk di hadapan laluannya. Kejadian itu menyebabkan pemandu kereta terkejut lalu cuba mengelak namun terlanggar motosikal Yamaha LC135 yang ditunggang mangsa.”

Polis4

Polis5

Bekas ADUN itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kedua-dua mereka mempunyai lesen memandu yang sah.

Pihak polis kini masih menyiasat sama ada bekas ADUN tersebut di bawah pengaruh alkohol atau tidak ketika kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, beliau merupakan bekas ADUN Pulau Pinang yang berkhidmat pada tahun 2008 hingga 2013 dan kini memegang jawatan pegawai khas kepada salah seorang ahli Parlimen.

Baca: “Mangsa terpaksa buat pembedahan potong tangan” – Pakcik Susun Kon Atas Jalan Dilanggar Sampai Nampak Isi

Pakcik 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook