in

“Kau memang ungrateful!” – Zarina Anjoulie ‘Sound’ Ammar Alfian Gara-gara Kutuk Peguam Siti Bainun

Ammar X Zarina

Bagi korang yang mengikuti kes perbicaraan melibatkan remaja OKU, Bella yang didakwa telah diabai dan dianiaya oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, korang juga pasti kenal dengan peguamnya, Nurul Hafidzah.

Hafidzah yang mewakili Siti Bainun dalam kes tersebut telah mendapat perhatian ramai selepas tular beberapa isu mengenai dirinya yang tidak begitu digemari netizen sehingga ada di kalangan artis juga dilihat mengkritik secara terang-terangan peguam tersebut di media sosial.

 

“Kau pergi bantai org kat gym siapa tolong kau settlekan??” 

Tidak berasa selesa Nurul Hafidzah sering dikritik golongan artis, pelakon, Zarina Anjoulie telah menegur seorang lagi pelakon, Ammar Alfian atas keterlanjuran kata-katanya terhadap peguam tersebut di Twitter.

Menurut Zarina, Ammar dianggap tidak mengenang budi kerana telah mengutuk Hafidzah namun pada masa yang sama menggunakan khidmatnya juga ketika terlibat dalam kes pukul tidak lama dulu.

Hafidzah

Tak cukup dengan itu, Zarina juga menegur sikap Ammar yang dianggap talam dua muka kerana berbaik-baik dengan peguam itu dikala susah namun bertindak sebaliknya sebaik semua sudah selesai. Malah Hafidzah juga didakwa pernah membantu Ammar dalam kes cerai dan sebagainya.

 

Zarina ‘sound’ Awal Ashaari pula? 

Tak cukup dengan itu, Zarina juga dilihat menegur pengacara dan pelakon, Awal Ashaari yang menurutnya terlalu ‘bosan’ hingga mempunyai banyak perkara untuk dikatakan kepada peguam tersebut.

Zarina dalam pada itu mengakui bahawa peguam berkenaan merupakan sahabat baiknya dan tujuan dia meluahkan di Twitter kerana mahu kebenaran ditegakkan.

Baca: Tular Video Peguam ‘Koyak’, Nabila Huda Kongsi Pengalaman Kena Saman Dengan Peguam Siti Bainun?

Nab Huda

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter