in

“Hanya keluar rumah untuk urusan penting” – 93 Sekatan Jalan Raya Di KL, Putrajaya Dan Selangor

Sjr3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan kepada peningkatan kes Covid-19, kerajaan telah mengambil keputusan untuk sekali lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 12 tengah malam tadi.


Maklum pihak berkuasa, sebanyak 93 sekatan jalan raya dijalankan pada hari pertama PKPB hari ini di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor iaitu,

64 sekatan di Selangor manakala 29 sekatan di Kuala Lumpur dan Putrajaya. – Lapor Harian Metro

Selain itu, seramai 1600 pegawai dan anggota polis, dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) ditugaskan, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin.

Nasihatnya,

Orang ramai patuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan hanya keluar rumah sekiranya mempunyai urusan penting demi memutuskan rantaian penularan Covid-19.

 

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin juga turut memberi peringatan,

“Mana-mana individu yang ingkar akan diambil tindakan mengikut peruntukan perundangan sedia ada.”

Jadi, patuhlah SOP. Selamat beramal.

 

Baca : [TERKINI] SOP Lengkap Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, KL & Putrajaya

Sop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.