in

“Hanya diagihkan ketika jemaah tiba di tanah air” – Ini Sebab Kenapa Jemaah Haji Tak Boleh Bawa Pulang Air Zamzam

air zamzam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, umat Islam yang berpeluang mengerjakan ibadah haji dan umrah di Tanah Suci pastinya akan membawa pulang air zamzam ke tanah air untuk diberikan kepada saudara-mara atau pun sebagai simpanan bekalan sendiri.

Namun, sejak beberapa tahun belakangan ini, kerajaan Arab Saudi telah melarang jemaah membawa pulang air zamzam.


Artikel berkaitan: “Air free, cuma bayar logistik” – Iklan Penjualan Air Zam Zam Cetus Tanda Tanya Netizen

Artikel berkaitan: “Bukan masalah Malaysia sekarang, buat research sikit” – Wanita Kena Bash Sebab Politikkan Pengharaman Air Zam Zam

Larangan ini termasuklah kepada jemaah haji Malaysia yang tidak dibenarkan membawa pulang air zamzam sama ada melalui ruang kabin atau kargo pesawat penerbangan yang mereka naiki.

Memetik sumber Sinar Harian, Pengurus Khidmat Luar Lembaga Tabung Haji (TH), Mohamad Zamry Mohd Noor berkata, air zamzam juga tidak boleh dihantar pulang ke Malaysia menggunakan perkhidmatan pos.

1730861957 y0237w6K0zTk6KyEA3fMa

“Tidak boleh. Ini kerana air zamzam memang disediakan oleh pihak Tabung Haji dan hanya akan diagihkan sewaktu jemaah haji tiba di tanah air.”

“Sebaik sahaja jemaah mendarat, mereka akan menerima lima liter air zamzam seorang. Penghantaran melalui pos juga tidak dibenarkan.”

Jelasnya, air zamzam adalah barang kawalan yang mana ia tidak boleh dijual beli atau diniagakan.

Selain itu, air zamzam merupakan hadiah daripada kerajaan Arab Saudi kepada jemaah haji Malaysia dan pengagihannya dilakukan secara percuma.

Tambahnya lagi, pernah ada kes jemaah cuba menghantar air zamzam dengan memasukkannya ke dalam botol kecil dan meletakkannya dalam kotak untuk dipos. Bagaimanapun, barangan itu dapat dikesan di lapangan terbang dan tidak sampai ke Malaysia.

Justeru, beliau menasihatkan para jemaah supaya tidak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.