in

Hanya 10,000 Jemaah Haji Tahun Ini

haji 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan wabak Covid-19 yang melanda di seluruh dunia, tahun ini 10,000 umat Islam sahaja berpeluang menunaikan ibadah haji berbanding dengan kira-kira 2.9 juta orang dari seluruh dunia tahun lalu.

Mereka memulakan ibadah tersebut hari ini dengan mengamalkan norma baharu dimana jemaah harus memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan sosial sebagai usaha kerajaan mencegah Covid-19. Lapor Astro Awani.


Mereka dibawa mengikut kumpulan kecil dan hanya melalui laluan yang ditetapkan. Ia sekaligus dapat dilihat perbezaan situasi normal sebelum ini di mana lautan manusia mengelilingi Kaabah ketika musim haji.

EeGw7WRUEAA4MN6 EeGw8ePUMAA3Bt5

Musim haji tahun ini, menerima bilangan jemaah paling sedikit dalam usaha Arab Saudi mencegah COVID-19.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi ada menyatakan bahawa hanya kira-kira 1,000 jemaah yang tinggal di kawasan itu diberikan kebenaran menunaikan haji namun media tempatan melaporkan sehingga 10,000 dibenarkan menyertai musim haji kali ini.

EeGw68ZUYAACORm

EeGw70jVAAICEYq

Mereka juga akan dikuarantin selepas selesai menunaikan ibadat berkenaan. Menurut Kementerian Haji, kesemua jemaah juga diberikan kit kelengkapan yang lengkap membabitkan batu kecil yang sudah disterilkan

 

Baca : [TERKINI] COVID-19: Malaysia Tangguh Hantar Jemaah Haji Tahun Ini

covid 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.