Lepas dah lama tak melancong ke luar negara, akhirnya rakyat Malaysia boleh siap-siap kemas baju untuk travel ke luar negara.
Walaubagaimanapun, menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, aktiviti itu hanya boleh dibuat kalau negara dah capai sasaran iaitu 90% vaksin bagi orang dewasa.
“Kita sekarang dah sampai 87.6%. Tak lama sahaja lagi. Dah boleh berkumpul dengan rakan dan keluarga di luar negara” – Khairy Jamaluddin
Tambah Khairy lagi melalui posting di Twitternya, @KhairyKJ pelaksanaan kuarantin selepas pulang dari luar negara masih lagi dikekalkan.
Penjelasan tu dibuat oleh Khairy dengan quote tweet yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob yang menjelaskan tentang sekatan penerbangan ke luar negara yang diumumkan sebelum ini.
Malaysians will be able to freely travel overseas without applying for MTP once we reach 90% adult vax target. We are at 87.6%. Not long to go. Reunite with your friends & family abroad. Quarantine requirements stay (for now) when you return. https://t.co/I1taO2wRw1
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) October 4, 2021
Terdahulu, Ismail Sabri menyatakan bahawa penerbangan ke luar negara akan ditapis tapi sekiranya urusan melibatkan perniagaan dan pelajar yang menyambung pelajaran di luar negara dibenarkan tanpa MTP.
Makluman dari Kementerian Kesihatan (KKM) juga dibuat sebelum ini, rakyat dibenarkan merentas negeri kalau negara dah capai 90% sasaran vaksin bagi orang dewasa pada 22 September lalu.
Baca: 149 Kes Covid-19 Dikesan Di Langkawi Sejak 16 September, Gelembung Pelancongan’ Kekal Atau?