in

Hampir 2 Bulan Hilang, Mayat Model Ditemui Bersama 6 Lagi Mayat Lain

Ft Culik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejam betul!


Seorang model Mexico, Yessenia Estefania Alvarado, 24 ditemui mati bersama 6 lagi individu lain dalam sebuah kubur besar.

Kehilangan mangsa yang juga merupakan seorang ibu muda disedari oleh ahli keluarganya sebelum laporan polis dibuat.

Mangsa dikatakan telah diculik pada 14 Ogos oleh empat orang lelaki sebelum dibawa lari menggunakan sebuah pikap.

Sampai dua bulan mangsa hilang. Apa penculik tu dah buat?

 Bersama mayat model itu, 6 lagi mayat individu lain ditemui dalam kubur yang sama, lapor pendakwa raya

Penemuan mayat model tersebut disahkan oleh ahli keluarganya berdasarkan baju yang dipakainya selain hasil laporan asid deoksiribonukleik (DNA) turut menyokong penemuan itu.

Sampai ditanam beramai-ramai, siapa sebenarnya penculik ni?

Capture 1 3

Pencarian diusahakan ahli keluarga

Bagi menjejaki kehilangan mangsa sejak hampir dua bulan lepas, abangnya Juan Carlos Alvarado Rivera telah merayu bantuan daripada orang ramai dengan memuat naik foto adiknya di media sosial, lapor Harian Metro

“Kamu akan kembali. Kamu seorang wanita yang baik, ibu yang hebat dan tidak mendatangkan masalah kepada sesiapa saja.

“Apa yang berlaku hanyalah salah faham,”

Kesian anak mangsa mesti tak boleh terima ibunya hilang sekelip mata…

Walaubagaimanapun setelah mayat adiknya ditemui, dia dikatakan rela dengan kepergian itu namun tidak dapat menyembunyikan kesedihannya itu.

“Pergilah adikku. Saya akan merindui kami. Jumpa kamu nanti,”

Manakala bagi mayat yang lain, identiti mereka masih cuba dikenalpasti oleh pihak polis.

Rasanya bukan sekali dengar kes kekejaman macam ni, min pun tak pasti lah apa puncanya…

 

Baca : Harta Pablo Escobar Masih Ada! Anak Saudara Terjumpa RM75 Juta Tunai Disimpan Dalam Beg di Bilik Rahsia

Capture 4 2

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.