in

Hamilkan Isteri Orang, Pelaku Dibunuh Lepas Keluarga Bagi ‘Green Light’ Pada Suami Mangsa

Ft Curang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Curang dalam perkahwinan adalah satu kesalahan yang pasti sukar untuk pasangan yang dicurangi menerimanya. Boleh terjadi perang mulut kemudian bermaafan, boleh juga terjadi penceraian, lebih ekstrem ia boleh menjerumus kepada pembunuhan!


Seperti kejadian di Indonesia ini, lelaki berusia dalam lingkungan pertengahan tahun nekad membunuh seorang lelaki yang didapati telah menghamilkan isterinya.

Difahamkan, lelaki berkenaan yang bernama Jebfar berusia 39 tahun, dimaklumkan isteri bahawa dirinya dihamilkan oleh Moh Molah (kekasih gelap) yang berusia 30 tahun.

Kemudian Jebfar pergi ke rumah mangsa untuk berbincang mengenai permasalahan ini, namun jawapan keluarga Molah kepadanya lebih mengejutkan dari berita kehamilan hasil curang…

 

Keluarga beri ‘green light’ bunuh anak hamilkan isteri orang

Saya datang berjumpa dengan keluarga Molah untuk berbincang mengenai perbuatannya terhadap isteri saya. Pihak keluarga mengizinkan Molah dibunuh dengan syarat tidak menggunakan senjata tajam.”

Seriously!

Giphy

Tak lama selepas mendapat kebenaran, Jebfar pun merancang pembunuhan tersebut dengan dibantu rakan-rakannya.

“Jebfer bersama dengan rakan-rakannya terus menjemput mangsa di sebuah penginapan di Pelabuhan Gresik dan dibawa ke Tol Kebomas.”

“Ketika dibawa masuk ke kereta, lehernya terus dijerut dengan tali. Dia sempat melawan, akhirnya saya pukul menggunakan tangan. Setelah dia meninggal, saya buang mayatnya di tepi jalan (Tol Kebomas). 

Kemudian saya terus pergi ke tempat saudara untuk bekerja di sawah padi selama tiga bulan. Saya tak laporkan kejadian itu dan duduk diam di rumah.”

Pada Disember 2019, gempar penemuan mayat Molah di tepi jalan disusuli dengan penangkapan Jebfar oleh pihak berkuasa.

 

Pengakuan yang hakim pun terkejut

Dalam perbicaraan di Pengadilan Negeri (PN) Gresik, hakim juga dikatakan terkejut dengan pengakuan yang dibuat Jebfar ini.

Selepas melakukan pembunuhan tersebut, Jebfar terus menceraikan isterinya yang sedang mengandung. Katanya

“Perempuan masih banyak.”

Giphy

Aik tiber…

Bagaimanapun, pertalian darah tak kan putus, dia menyesal akan perbuatannya itu kerana mempunyai seorang anak. Biarpun sudah menceraikan bekas isterinya yang curang, dia masih ada rasa tanggungjawab terhadap anaknya yang masih kecil.

“Saya menyesal Yang Arif, saya mohon diringankan hukuman sebab anak saya masih kecil.”

Selain sifat terus terang si Jebfar yang buat badan kehakiman terkejut, mereka juga memerlukan lebih masa untuk meniliti semula kes kerana fakta ‘Molah dibunuh dengan kebenaran keluarga’.

Terkini menurut tribunjabar, perbicaraan ditangguh sehingga ke suatu tarikh yang ditetapkan kelak.

 

Baca : Pembunuhan Wayan Mirna Salihin: Diracun Kawan Baik Sendiri, Mangsa Maut Terminum Sianida Dalam Kopi Ais Vietnam Semasa Lepak di Kafe

Wayan Mirna Salihin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.