in

‘Haih..Selow Sangat ni..’ – [Video] Ingatkan Nak Keluar Parking, Rupa-rupanya…

Untitled Design 27 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti korang pernah dengar cerita hantu Volkswagen kuning yang famous dekat Karak tu kan? Kereta tu memang seram sebab dia dipandu tanpa driver. Auto-pilot kut, ala yang macam Tesla tu…


Tetapi lain pula yang jadi pada kereta ini, sebuah kereta Kelisa biru ini ‘gostan’ dengan sendiri nya tanpa pemandu. Pada awalnya penunggang motosikal ini sangkakan bahawa pemandu kereta ini sengaja keluar secara perlahan, tetapi kereta itu tetap mengundur dan hampir melanggar kereta lain.

 

Video detik-detik yang berdurasi 2 minit ini sempat dirakam oleh kamera yang berada di topi keledar penunggang motosikal tersebut. Selepas di hon beberapa kali, penunggang motosikal tersebut terpaksa turun untuk menahan Kelisa itu  daripada ‘bercium’ dengan kereta lain.

Selang beberapa ketika, muncul seorang wanita ini yang mengaku kereta itu miliknya pada awalnya berasa hairan mengapa keretanya bergerak sendiri, namun setelah sedar bahawa dia tidak menarik brek tangan sampai habis, wanita tersebut memohon maaf.

Netizen yang terhibur dengan reaksi spontan pemilik kereta tersebut, turut memuji lelaki itu kerana berjaya mengawal situasi yang kelam kabut itu dengan tenang.

1 26

2 19

3 15

Semoga ini dapat dijadikan tauladan kepada kita semua, lain kali sebelum turun kereta, make sure dah tarik handbreak dan gear terletak di P ye guys.

 

Baca: ‘Baik Aku Parking Sendiri, Lambat Naww’ – [Video] Gadis Ini ‘Payung’ Kebolehan Kereta Dia Tetapi

F.b 18 2

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twiter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.