in

“Haa baru diorang rasa”- [VIDEO] Isteri Mengandung, Tapi Suami Yang Muntah-Muntah Tiap Kali Dengar Perkataan ‘Ikan Keli’

Cats 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu tak korang dengar ibu-ibu mengandung ini ada macam-macam ragam. Itu tak kira lagi diorang punya ‘craving’ atau alahan yang pelik-pelik. Contohnya macam tak boleh bau badan suami, ada juga yang asyik nak makan dan yang minta pisang goreng pukul 3 pagi. Sabar lah ye para suami layan isteri mengandung ni.


Tapi korang pernah dengar tak yang ada sesetengah suami ini pun ‘terjangkit’ sekali kena alahan seperti isteri diorang yang mengandung. Jangan pelik sebab memang ada yang kena macam tu tau.

Suami Muntah Orig

 

Suami tak boleh dengar ‘ikan keli’

Perkara yang sama turut dirasai oleh pasangan suami isteri ini bila isterinya yang mengandung tapi si suami yang muntah-muntah.

Menerusi video yang dimuat naik di Tiktok oleh nurakirah_ baru-baru ini, dia berkongsi kisah tentang dirinya yang sarat mengandung tetapi suaminya pula yang alah pada itu ini. Alahan suami dia ini boleh kata agak ‘rare’ sebab katanya suami dia tak boleh dengar perkataan ‘ikan keli’.

Setiap kali dengar, mesti suami dia muntah-muntah.

@nurakirah_

Siapa suami dia mcm ni ? Kita yg mengadung dia pulak dpt alahan tu ?? klau ada komen laa ? moga masuk fyp #fypツ #fypdongg #fyp #fyp

♬ bunyi asal – @IG : @nurakirah_ – @IG : @nurakirah_

 

 

Isteri syok sakat suami

Dalam video tersebut, si isteri tak boleh tahan ketawa bila suami dia pula yang alah macam orang mengandung. Siap ulang-ulang sebut ikan keli sampai suami dia tak larat nak muntah.

“Setiap kali sebut ikan keli dia akan muntah. Setiap saat saya sebut ikan keli sampai dia tak larat nak muntah lagi.”

Sabar jelah suami dia dapat isteri suka menyakat ni.

Dgd

 

Ramai isteri nak suami rasa peritnya mengandung

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat kerenah suami isteri itu dan ramai juga yang berkongsi pengalaman sama waktu diorang mengandung.

“Orang kata kalau suami yang dapat alahan tu makna nya dia terlampau sayang bini dia.”

Photo6197033936182422755

Photo6197033936182422754

Harapnya setiap pasangan suami isteri sama-sama bersabar tempuhi cabaran nak timang cahaya mata ni. Semoga segala urusan diorang dipermudahkan. Amin..

 

Sumber: nurakirah_

Baca:Isteri Mengidam, Posmen Tulis Atas Parcel Pelanggan Minta Mangga Untuk Isteri Yang Sarat Mengandung

Fdfdf

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.