Baru-baru ini, tular sebuah kes di mana seorang guru wanita didapati ‘bercinta’ dengan seorang pelajar lelaki, segala tangkap layar mesej mereka berdua juga tular di media sosial.
Terbaru, Kementerian Pendidikan memberitahu bahawa pihaknya akan mengambil tindakan ke atas guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki itu jika siasatan polis mendapati kejadian tersebut berlaku.
Artikel berkaitan: “Berlaku selepas ulangkaji bersama guru” – Ibu Dakwa Ada Kesan Merah Pada Leher Anak
Artikel berkaitan: Guru Wanita Bercinta Dengan Pelajar Sekolah 17 Tahun Sedang Disiasat Polis
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata buat masa ini guru berkenaan tidak dibenarkan berurusan dengan mana-mana murid sehingga siasatan selesai.
“Kementerian akan mengambil tindakan ke atas guru wanita tersebut setelah polis melengkapkan siasatan dan sehingga itu, kita akan patuhi segala prosedur ditetapkan sehingga siasatan selesai.
Bagi pelajar lelaki itu pula, kita berikan sokongan psikososial dan perlindungan sepenuhnya sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan Kementerian Pendidikan,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof memaklumkan, guru berusia 37 tahun itu didakwa memeluk dan mencium leher murid tingkatan empat di perpustakaan sekolah sehingga meninggalkan kesan kemerahan sekitar Disember tahun lalu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan Seks Terhadap kanak Kanak 2017.
Sumber: SelangorKini