Terdahulu, tular satu video di laman sosial yang mendedahkan seorang guru wanita ‘bercinta’ dengan anak muridnya, seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun.
Menurut hantaran tersebut, guru yang juga ibu kepada 5 orang anak itu didapati telah berulang kali menghantar mesej melalui aplikasi Whatsapp kepada pelajar tersebut.
Malah, guru wanita terbabit juga masih berjumpa dengan pelajar tersebut di pantai secara rahsia walaupun dikatakan telah bertukar sekolah.
Perkara tersebut dikongsikan oleh kakak kepada pelajar itu, Bellinda selepas keluarganya menentang hubungan istimewa tersebut demi masa depan adiknya yang akan menduduki SPM tahun ini.
Artikel berkaitan: Lelaki Kantoi Guna IC Palsu & Kerja Sebagai Guru Di Sabah Sejak 29 Tahun Lalu
Artikel berkaitan: Pak Cik Mengusik Anak Buah Main Cikgu-Cikgu, Reaksi Anak Buah Jadi Perhatian
Terbaharu, menurut laporan media, pihak polis mengesahkan telah menerima laporan daripada keluarga remaja lelaki berusia 17 tahun tersebut.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata laporan polis dibuat Disember tahun lalu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Menurutnya, semua pihak yang terbabit sudah dipanggil merakam percakapan termasuk remaja dan guru berkenaan.
Sementara itu, ibu remaja terbabit ketika dihubungi memaklumkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah menghubungi untuk mengadakan pertemuan selepas kejadian itu tular.
Harapnya kes ini boleh diselesaikan dengan cepat.
Sumber: Berita Harian