in

Guru Jadikan Murid Sebagai ‘Content’ di Media Sosial Bakal Dikenakan Tindakan Oleh KPM

Fadhlina Sidek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan kemajuan teknologi dan ledakan media sosial pada masa kini, memang ramai yang berjinak-jinak dalam bidang content creation terutamanya di TikTok. Ramai juga yang jadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan yang kedua walaupun telah mempunyai kerja hakiki.

Namun, guru-guru sekolah di Malaysia yang menjadikan anak murid atau pelajar sekolah sebagai ‘content’ atau kandungan di media sosial boleh dikenakan tindakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


2 2

Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek berkata demikian ketika kepada media selepas program Town Hall Sinar Harian semalam.

Memetik laporan Astro AWANI, beliau turut mengatakan bahawa pihak kementerian tidak akan bertolak ansur jika masih ada guru-guru yang melanggar garis panduan tentang penglibatan murid di media sosial.

Ini berikutan ada ramai ibu bapa dan warganet yang risau dengan tindakan segelintir guru yang gemar menjadikan murid sebagai kandungan media sosial mereka terutamanya di TikTok.

Artikel berkaitan: “Papa tak marah dah” – Murid Viral Dimarah Guru Sebab Bersolek Akhirnya Bersemuka Dengan Guru

Artikel berkaitan: Guru Sebak Bila PMX Tunaikan Hasrat Tubuhkan Sekolah Pendidikan Khas Di Johor Bahru

Ini kerana ada di antara guru tersebut yang tidak menutup wajah murid yang muncul dalam video mereka, dan ini boleh menyebabkan maklumat peribadi pelajar terbabit bocor kepada pihak yang mempunyai niat jahat.

Pengumuman oleh Menteri Pendidikan itu nampaknya disambut baik oleh warganet yang rata-ratanya bersetuju dengan tindakan KPM tersebut.

Dalam masa yang sama, warganet juga berpendapat peniaga kantin sekolah juga perlu dikenakan tindakan jika melakukan perkara yang sama kerana ada juga pekerja kantin sekolah yang turut berbuat demikian.

1 2

Sumber: Astro AWANI

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.