in

Gunakan Anak Anjing Sebagai Umpan Harimau, Perhilitan Tampil Beri Jawapan

Ft Perhilitan Guna Anak Anjing Umpan Harimau Kumbang

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) tampil menjelaskan tindakannya menggunakan anak anjing sebagai umpan hidup dalam operasi menangkap harimau kumbang di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, bulan lepas.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Ketua Pengarah Perhilitan, Abdul Kadir Abu Hassan yang dihubungi oleh pihak media berhubung perkara berkenaan dan menegaskan tiada anak anjing yang cedera dalam operasi berkenaan.

Menurutnya lagi, segala SOP telah dipatuhi jabatan berkenaan ketika menjalankan operasi untuk menangkap harimau kumbang di Kuala Pilah tersebut.

F6Ddf441 Black Panther Perhilitan Pic 101023 1

Tambahnya, memang kebiasaan pihak Perhilitan akan menggunakan kambing hidup untuk menangkap harimau dan harimau kumbang, namun umpan berkenaan tidak berjaya dalam operasi terbabit.

“Kami cuba umpan harimau kumbang itu dengan kambing hidup, tetapi gagal.”

Susulan itu, merujuk dalam kes ini, harimau kumbang itu didapati menyerang anjing, lalu pihak Perhilitan menggunakan anak anjing supaya bau dan salakannya menarik perhatian haiwan itu.

270732857 289503079883073 7968423128675081705 N

Jelasnya lagi, harimau kumbang hanya akan memasuki perangkap dengan umpan haiwan yang biasa menjadi mangsanya.

Dalam masa yang sama, Abdul Kadir menjelaskan penggunaan anak anjing sebagai umpan adalah kerana saiz perangkap itu tidak muat untuk anjing dewasa dan anak anjing itu terus dilepaskan sebaik harimau kumbang berkenaan ditangkap.

Selain itu, Abdul Kadir berkata, sangkar yang digunakan untuk menangkap harimau kumbang itu mempunyai bukaan berasingan yang membolehkan umpan terus dilepaskan sebaik haiwan liar memasuki perangkap.

Artikel berkaitan : “Ingatkan anak kucing, sekali ‘Black Panther’” – Ranjer Hutan Jumpa, Pelihara Anak Harimau Kumbang Hampir Mati

Artikel berkaitan : Harimau Kumbang Dilanggar MPV, Disahkan Maut Oleh Perhilitan

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan empat keluarga di Kampung Ulu Beting, Kuala Pilah, lega selepas seekor harimau kumbang yang berkeliaran di kawasan tersebut berjaya ditangkap Perhilitan selepas umpan tiga anak anjing selama hampir seminggu mengena.

Pun begitu, NGO Persatuan Haiwan Terbiar (SAFM) mempertikai tindakan Perhilitan untuk menggunakan anak anjing hidup sebagai umpan.

Menurut Presidennya, R Kalaivanan berkata, adalah lebih berperikemanusiaan dan beretika sekiranya daging kambing, ayam, lembu atau ayam belanda digunakan sebagai umpan untuk memerangkap haiwan liar tersebut.

Namun, Abdul Kadir menegaskan penggunaan umpan hidup adalah prosedur biasa jabatannya kerana ia menarik haiwan liar berbanding daging mentah.

Sumber : FMT

Sumber: FMT