Semenjak dua menjak ini, kecoh di media sosial tentang berita pasangan selebriti terkenal, Shuib dan Siti Sarah yang dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berhubung kes penggubahan wang haram.
Menurut Berita Harian, Shuib telah disoal siasat selama 23 jam, namun mujurlah dia dan isterinya tidak ditahan reman.
https://www.instagram.com/p/CF1CxMisqVY/
Susulan daripada siasatan melibatkan pasangan artis tersebut, SPRM kini katanya sedang menyiasat sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang disyaki ‘mencuci’ ratusan juta ringgit yang diraih daripada kegiatan mereka dalam perniagaan diusahakan selebriti terkenal tempatan.
Dalang utama sindiket tersebut dipercayai warga China, tetapi mereka menggunakan ‘ejen’ di Malaysia untuk uruskan pelaburan termasuk mencari perniagaan berpotensi sebagai platform ‘membersihkan’ wang hasil penipuan.
“Ejen sindiket akan mendekati selebriti tanah air dan menyatakan minat melabur dalam perniagaan atau menyuntik modal untuk selebriti berkenaan memulakan perniagaan,” kata sumber.
The best part, this Macau Scam team ni nak halalkan duit haram diorang.. diorang franchisekan BubbleBee milik artis,Shuib https://t.co/d0d2seCm7v
— Iskandar Danial (@_IskandarDanial) October 5, 2020
Ejen-ejen besar Macau Scam di Malaysia ni telah ditangkap SPRM 3 hari lalu ye. Kat atas tu video penangkapan mereka.
Bagi korang yang tak nak terkena dengan Macau Scam ni, lebih elok kalau korang kenal pasti modus operandi mereka betul-betul.
Menerusi perkongsian individu di Twitter bernama Iskandar Danial, berikut antara perkara yang korang perlu tahu tentang scam ini.
1. Target market geng Macau Scam
Macau Scam ini mendapat nama tersebut kerana ia bermula di Macau dan mereka menggunakan teknik Voice over Internet Protocol (VoIP) untuk trick mangsa.
Target market mereka ialah seperti berikut:
First of all, Macau Scam ni diberi nama kerana scam ini bermula di Macau & diorang semua menggunakan Voice over Internet Protocol (VoIP).
Target market mereka:
1. Orang yang dah@baru pencen
2. Orang yang boleh keluarkan KWSP
3. Orang yang duduk di kawasan pendalaman— Iskandar Danial (@_IskandarDanial) October 5, 2020
2. Berlakon jadi pegawai bank atau polis
Flow Macau Scam yang paling common dan korang mungkin pernah terkena ialah bila pemanggil berlakon jadi sama ada pegawai polis atau pegawai bank. Kadang-kadang ada juga yang jadi pegawai SPRM.
Macau Scam Flow:
1. Pretend menjadi pegawai bank/polis2. Sebut nama & IC kita
3. Cakap kita ada buat salah berkenaan dadah atau saman
4. Suruh kita bank in duit untuk siasatan atau untuk "release" kita dari kesalahan tersebut
Siapa tak takut bila fikirkan tali gantung, kan?
— Iskandar Danial (@_IskandarDanial) October 5, 2020
3. Terjadi selepas teknik ‘lain’ gagal
Macau Scam ini bermula selepas teknik spoofing lain melalui gores & menang, lucky draw dll yang soft techniques ni gagal.
Bak kata orang, cakap lembut tak jadi, kita berkasar je hehe..
— Iskandar Danial (@_IskandarDanial) October 5, 2020
4. Kalau dapat call pelik, just jawab ini:
So please bagitahu family members & kawan kita, kalau dapat call-call pelik dari siapa pun… jawab gini:
"Biar saya datang ke Balai Polis" atau "Tak apa, saya akan pergi ke Balai Polis berdekatan untuk pastikan"..
Minta sekali nombor badan pegawai polis yang call tu tau hehe
— Iskandar Danial (@_IskandarDanial) October 5, 2020
Apa-apapun korang sentiasalah berwaspada selalu dengan macam-macam teknik penipuan sekarang ni. Hari ini mungkin dah terkantoi, esok-esok mereka akan gunakan cara lain pula untuk menipu.
Baca: Gila! Lagi Kes Macau Scam, Kali ini Warga Emas Berusia 90 Tahun ‘Lebur’ RM3.83 Juta Ditipu