in

Guna Kamera Canggih Tanpa Operator, Penonton Puji Kualiti Siaran Langsung Sambutan Hari Kebangsaan oleh RTM

Siaran Langsung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi tadi pada tanggal 31 Ogos 2024, telah berlangsungnya Sambutan Hari Kebangsaan negara kita Malaysia yang ke-67 di Dataran Putrajaya.

Sambutan pada tahun ini dimeriahkan dengan pelbagai persembahan, perbarisan dan perarakan membabitkan lebih 17,000 peserta, 59 kontinjen, 439 aset ketenteraan dan 24 pasukan pancaragam, lapor Berita Harian.


Rata-rata rakyat Malaysia yang menonton sambutan itu dari rumah pula telah memuji saluran TV RTM kerana paparan visual ketika siaran langsung sambutan Hari Kebangsaan kali ini dilihat berkualiti dan tidak bergegar kameranya.

Pihak RTM kemudiannya berkongsi di sebalik tabir siaran langsung itu di mana pihak mereka pada kali ini telah menggunakan kamera kawalan jauh yang berfungsi tanpa operator atau jurukamera iaitu kamera robotik model Shotover G1 Agito.

Artikel Berkaitan: “Macam tahu-tahu je ada pesaing” – Abang Bomba Kembali Mencuri Tumpuan, Bawa Sepanduk Lucu Tarik Perhatian

Artikel Berkaitan: Ramai Berkhemah Ala ‘Glamping’ Malam Tadi Di Putrajaya Untuk Sambut Hari Kebangsaan Hari Ini

Menurut penerbit RTM iaitu Rafael Ramlan, tahun ini buat pertama kalinya juga, RTM telah menggunakan Spidercam untuk siaran langsung sambutan Hari Kebangsaan.

Difahamkan juga, sebanyak 26 buah kamera telah digunakan secara keseluruhan untuk siaran sambutan kemerdekaan pada tahun ini.

Dalam masa yang sama, ramai penonton turut kagum apabila mereka boleh mendengar dengan jelas apa yang diperkatakan oleh juruterbang jet ketika siaran langsung sambutan Hari Kebangsaan tadi.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.