in

“Guna headphone, dengar muzik kuat” – Pakar Dedah 1 Billion Remaja Berdepan Risiko Pekak

Risiko Dengar Muzik Terlalu Kuat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekitar satu bilion remaja seluruh dunia berdepan risiko kehilangan pendengaran disebabkan tabiat mendengar muzik menggunakan fon kepala atau headphone dan kerap menghadiri tempat yang memainkan muzik yang kuat.


Hasil tinjauan penyelidikan yang diketuai oleh Petubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tersebut memberi amaran kepada para remaja agar berjaga-jaga dengan tabiat mendengar dan menggesa kerajaan dan pihak pengeluar supaya berbuat sesuatu demi menjaga pendengaran orang ramai pada masa akan datang.

Analisa yang diterbitkan dalam jurnal BMJ Global Health tersebut membandingkan data daripada 33 kajian yang telah diterbitkan di pelbagai negara seperti England, Sepanyol, Perancis dan Rusia dalam tempoh 2 dekad yang lalu, melibatkan 19,000 orang peserta yang berumur lingkungan 12 hingga 34 tahun.

Waist Up Shot Questioned Confused Caucasian Guy Black Glasses

Hasil kajian tersebut mendapati 24 peratus daripada remaja berkenaan mempunyai amalan mendengar yang tidak selamat semasa menggunakan fon kepala dengan peranti seperti telefon pintar.

Sementara itu, 48 peratus daripada mereka yang terlibat didapati pernah menghadiri dan terdedah dengan bunyian yang kuat dan tidak elok untuk pendengaran di tapak hiburan seperti konsert atau kelab malam.

Secara keseluruhan, dianggarkan antara 670,000 hingga 1.35 bilion anak muda berisiko mengalami masalah pendengaran menurut Lauren Dillard, seorang pakar audiologi di Universiti Perubatan Carolina Selatan yang merupakan pengarang pertama kajian itu.

Pexels Jonas Mohamadi 1490844

Menurutnya, salah satu cara bagi mengelakkan kehilangan pendengaran kerana penggunaan fon kepala ini adalah dengan menurunkan volume muzik yang didengari dan memendekkan masa pendengaran.

Selain itu, pengguna dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi atau menggunakan tetapan bunyi supaya tidak terlalu kuat dan boleh menganggu pendengaran untuk jangka masa yang panjang.

Dillard menyeru kerajaan untuk mematuhi garis panduan WHO mengenai pendengaran yang selamat, termasuk memastikan tempat memantau dan mengehadkan tahap muzik di sesebuah lokasi yang menganjurkan pesta muzik dan sebagainya.

Dia juga menggesa syarikat yang membuat peranti seperti telefon untuk memberi amaran kepada pendengar apabila kelantangan bunyi atau muzik yang didengari adalah terlalu kuat, dan memasukkan kunci ibu bapa untuk menyekat pendedahan bunyi yang ‘tidak sihat’ kepada kanak-kanak.

Lebih 430 juta orang atau lebih lima peratus daripada populasi dunia kini mengalami kehilangan pendengaran yang kurang upaya, menurut WHO, yang menganggarkan jumlah itu akan meningkat kepada 700 juta menjelang 2050.

Baca : “Lirik tah pape” – [VIDEO] Lagu ‘Eleh He Eleh’ Terima Kecaman Netizen, Ini Penjelasan Penyanyi Asal…

Timah Terima Kecaman Netizen

Sumber: Pexels

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.