in

Google Pixel 4a Rasmi Dilancarkan, Katanya Lagi Bagus Dari iPhone SE : Ini 5 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

Pixel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peranti keluaran Google saban tahun menjadi penantian oleh peminat teknologi tempatan dan antarabangsa.


Pada tahun ini sebuah lagi telefon pintar kelas pertengahan telah dirasmikan iaitu Google Pixel 4a. Varian Google Pixel 4 ini mula diperkenalkan sejak tahun lepas dengan 2 varian peranti flagship; Google Pixel 4 dan Google Pixel 4 XL.

Pelancaran Google Pixel 4a pada kali ini menarik perhatian ramai pihak kerana harga yang diperkenalkan jauh lebih murah dari peranti sebelum ini iaitu pada $349 (RM 1,474). Memang murah laa kan? Mana nak dapat harga phone Google Pixel bawah 2k kalau baru release.

Copy Of Pixel 4A Front Back 2 Dsegufi.max 1000X1000 1

Ini 5 perkara yang korang kena tahu pasal Google Pixel 4a:

  1. Google Pixel 4a hanya ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu varian storan 128GB bewarna hitam
  2. Dilengkapi dengan paparan 5.81 inci OLED FHD
  3. Dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 730G dengan sokongan cip sekuriti Titan M
  4. Tiada pengecasan nirwayar tetapi menyokong pengecasan 18W melalui USB C
  5. Google sudah membuat pra-tempahan bagi Google Pixel 4a tetapi Malaysia tidak tersenarai dalam sesi pra-tempahan tersebut

Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila warganet mula membuat perbandingan Google Pixel 4a dengan iPhone SE yang juga sebuah peranti kelas pertengahan yang telah dilancarkan pada April lalu.

Memandangkan kedua-dua jenama ini merupakan jenama terkenal, sudah semestinya pengamal media teknologi akan membandingkan dua peranti mampu milik ini.

4AaPixel4A

 

So korang nak beli yang mana? Dua-dua bagus janji ada duit nak beli phone baru.

Baca: Pagar Batu Dibina Daripada Ribuan iPhone, Rekaan Rumah Ini Buat Ramai Tergamam

Iphone

Sumber: Google
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.