in

GO MALAYSIA! 5 Pelajar Terpilih Wakili Negara Ke Swiss Robot Olympics di Geneva

Team Malaysia First Global Challenge Geneva 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun baru berusia dalam lingkungan 15 hingga 17 tahun, 5 orang pelajar berasal dari Hulu Terengganu dan Johor Bahru bakal membawa nama negara ke kejohanan Swiss Robot Olympics, FIRST Global Challenge.



Kejohanan peringkat antarabangsa ini merupakan pertandingan robotik yang dianjurkan oleh FIRST atau For Inspiration and Recognition of Science and Technology dan buat pertama kalinya ia akan dianjurkan secara bersemuka di Geneva, Switzerland bermula 13 hingga 16 Oktober nanti!

Pasukan Malaysia bakal diwakili oleh 4 orang pelajar perempuan, Nur Aliah Sofiah selaku ketua pasukan, Lidya Marlynda sebagai duta pasukan, Muhammad Ammar Akhmal selaku programmer, Khayra Binti Zokree selaku editor media dan Nor Khairiah sebagai ketua dokumentasi siaran akhbar.

300567048 544148574176121 517288936594186804 N

Menerusi laman web rasmi kejohanan, cabaran Youth Robotics tahun ini akan mengetengahkan tema alam sekitar dan bakal disertai oleh lebih daripada 180 buah negara. Kesemua pasukan dikehendaki membayangkan semula masa depan iklim bumi bagi menghadapi isu global perubahan iklim.

Setiap pasukan akan diberikan ‘kit’ standard untuk membina robot mereka sendiri untuk mengambil bahagian dalam acara di 2022 FIRST Global Challenge di Geneva nanti dan melalui kemaskini Facebook rasmi pasukan Malaysia, mereka telah menerima kit berkenaan pada 23 Ogos lalu.

Diharapkan remaja-remaja ini bakal menghasilkan sesuatu yang menarik dalam usaha untuk menyelesaikan ‘misi’ mereka pada tahun ini iaitu ‘Carbon Capture’.

Selamat maju jaya kami ucapkan! Go Team Malaysia! 

Sumber : SEA Mashable | FIRST Global Challenge

Baca : Ciptaan ‘Lampu Spider’ Jalan Sendiri Bikin Netizen Berbelah-Bahagi, Ada Kata ‘Smart’ Tapi Ramai Seram

Lampu Labah Labah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.