Siapa sangka, dah elok-elok terkenal dengan kerjaya yang berjaya sebagai artis Hollywood dalam industri muzik, televisyen ataupun perfilemen, mereka masih tak terselamat dari menjadi gelandangan.
Ramai orang mungkin selalu fikir bila dah jadi artis, hidup automatik akan mewah selamanya. Hakikatnya, dunia hiburan ni penuh dengan cabaran. Mereka juga tidak lari daripada masalah kewangan, tekanan hidup dan masalah kesihatan mental.
Sebab tu, ada juga bintang besar ternama satu ketika dahulu pun boleh kecundang dan hilang segala kemewahan mereka.Untuk artikel kali ini, kita akan tengok beberapa selebriti Hollywood yang pernah menghiburkan orang tapi sekarang terpaksa menjadi gelandangan. Nak tahu siapa dan apa sebabnya? Jom baca!
Loni Willison
Loni Willison pernah jadi model popular yang menghiasi muka depan majalah fitness dan juga bekerja sebagai pembantu pakar bedah plastik di California. Pada tahun 2012, Loni berkahwin dengan pelakon Baywatch, Jeremy Jackson, yang terkenal dengan watak Hobie Buchanan. Waktu itu, mereka diibaratkan sebagai pasangan sempurna Hollywood.
Namun, rumah tangga mereka penuh dengan pergaduhan yang berpunca daripada penyalahgunaan alkohol dan dadah. Pada tahun 2014, Loni mendakwa dia pernah dipukul oleh Jeremy sehingga cedera parah dan tak lama selepas itu mereka bercerai. Sejak dari itu, hidupnya mula jatuh.
Bekas model ini terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu pakar bedah plastik serta tak lagi mendapat peluang untuk modelling. Dia akhirnya hilang tempat tinggal dan menjelang tahun 2016, Loni telah kehilangan apartmen yang disewanya serta kereta menyebabkan dia terpaksa hidup sebagai gelandangan di Los Angeles.
Dia pernah ditemui wartawan dan mengaku sengaja kelihatan kotor serta berbau supaya tidak menjadi mangsa serangan seks di jalanan.
“Saya buat diri saya nampak selekeh dan kotor supaya tak ada siapa nak sentuh. Lagi kotor, lagi bagus. Bau busuk pun tak apa, itu yang lindungi saya.”
“Saya tak ada telefon bimbit. Tapi saya ada makanan dan tempat untuk tidur. Dekat tong sampah pun banyak makanan. Jadi saya okay je,” katanya.
Kini Loni masih kelihatan dengan pakaian lusuh, mengutip tin dan makanan dari tong sampah demi meneruskan kehidupannya.
Artikel Berkaitan: Sean P Diddy: Kisah Sisi Gelap Superstar Hollywood Yang Jijik & Menggemparkan Dunia! Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu… – Lobak Merah
Artikel Berkaitan: 4 Penyanyi Hollywood Yang Struggle Nak Jual Tiket Konsert Walaupun Nama ‘Letup’ – Lobak Merah
Brett Butler
Namun di sebalik kemewahan tersebut, Brett bergelut dengan ketagihan terhadap pil sakit iaitu Vicodin serta mempunyai masalah tingkah laku di set penggembaran. Dia juga pernah mengakui bahawa ketagihan dadah menjadi punca dia tidak boleh mengawal dirinya.
Akibatnya, sitkom itu dihentikan lebih awal dan kerjayanya terus merudum. Kehidupan Brett semakin terhimpit apabila rumah dan ladang yang dibeli di Georgia ditarik balik kerana gagal membayar hutang.
“Saya ni terlalu percaya orang… banyak barang saya kena curi. Duit pun habis, tak sempat nak simpan pun.”
Walaupun pada mulanya berat hati, dia akhirnya bersetuju dengan usaha tersebut.
“Kita tak boleh hidup dengan asyik takut apa haters nak cakap,” katanya bila ditanya kenapa dia benarkan kempen tu dijalankan.
Situasi tersebut membuatkan dia betul-betul berada di hujung tanduk. Difahamkan juga Brett kini hanya bergantung pada tawaran lakonan kecil-kecilan dan pertolongan orang ramai untuk meneruskan hidup.
Dawn Robison
Dawn Robison, salah seorang ahli kumpulan R&B popular iaitu En Vogue pada era 90-an telah menggemparkan peminat apabila dia mengaku bahawa dia sudah tinggal dalam kereta selama lebih tiga tahun. Padahal dulu dia dikenali sebagai ‘funky diva’ dengan suara hebat yang melonjakkan lagu Hold On, Free Your Mind dan Giving Him Something He Can Feel.
Dawn mendedahkan kisah hidupnya menerusi video 20 minit dengan mengatakan dia tidak mahu orang simpati padanya.
“Saya bersyukur dengan pilihan yang saya buat sebab saya memang perlu lalui ujian ni… semua pengalaman yang saya dah tempuh, saya takkan tukar dengan apa pun dalam dunia ni.”
Katanya, keputusan untuk tinggal dalam kereta adalah sebahagian daripada perjalanan spiritual dan masa untuk mengasingkan diri daripada keluarga serta rakan-rakan.
Sebelum itu, Dawn pernah tinggal bersama ibu dan bapa tirinya di Las Vegas. Namun, hubungan yang sering tegang membuatkan dia akhirnya berpindah ke Los Angeles bersama pengurusnya.
Pada Mac 2022, selepas berulang kali gagal menetap di pelbagai tempat, Dawn mengambil keputusan untuk mencuba hidup dengan cara ‘van life’, terinspirasi daripada trend orang menetap dalam kenderaan yang semakin popular ketika pandemik.
Ibunya, Barbara Alexander, mengakui sedih melihat keadaan Dawn dan menegaskan bahawa anaknya sebenarnya tidak perlu hidup dalam kereta. Namun, pendedahan Dawn ini juga menimbulkan spekulasi kononnya dia sekadar mencari publisiti.
Oleh demikian, Dawn tampil menafikan dengan tegas bahawa dia tidak mencari publisiti.
“Saya memang tinggal dalam kereta. Kalau nak buat gimik publisiti, baik saya tak payah susahkan diri. Tapi ni bukan publisiti… saya siap ada rakaman nak buktikan lagi.”
Walaupun kehidupannya kini jauh berbeza daripada zaman kegemilangan bersama En Vogue, Dawn tetap optimis. Dia percaya kariernya akan bangkit semula satu hari nanti.
Randy Quaid
Randy Quaid juga merupakan antara pelakon watak sampingan paling terkenal di Hollywood. Dia mula terkenal dengan filem The Last Detail (1973) yang bagi dia pencalonan Oscar, dan kemudiannya meletup dengan watak ikonik “Cousin Eddie” dalam siri filem National Lampoon’s Vacation. Randy juga pernah berlakon dalam Brokeback Mountain dan lebih 90 filem lain sepanjang kerjayanya.
Tapi kejayaan itu tidak bertahan lama. Sekitar hujung 2000-an, kehidupan Randy mula huru-hara dengan masalah kewangan serta didakwa melanggar undang-undang.
Pada tahun 2009, Randy dan isterinya, Evi, didakwa tidak membayar bil hotel lebih daripada $10,000. Setahun kemudian, mereka ditangkap kerana menceroboh dan duduk di rumah tetamu milik orang lain. Difahamkan bahawa rumah itu dulu pernah jadi milik mereka, tapi sudah pun dijual kepada pemilik baru.
Disebabkan pasangan ini sering bergelumang dengan kesalahan undang-undang, pasangan ini pernah berpindah ke Kanada pada tahun 2010. Namun pada tahun 2015, mereka berpindah pula ke Vermont, Amerika Syarikat.
Margot Kidder
Margot Kidder pernah menjadi nama besar di Hollywood, terkenal dengan watak Lois Lane dalam siri filem Superman bersama Christopher Reeve pada era 1970-an dan 1980-an. Kariernya melonjak naik ketika itu, malah dia juga pernah menjalinkan hubungan cinta dengan nama-nama besar, termasuk bekas Perdana Menteri Kanada, Pierre Trudeau.
Namun di sebalik kegemilangan itu, Margot sebenarnya bergelut dengan masalah schizophrenia dan manic depression sejak usia muda. Tekanan sebagai seorang bintang besar membuatkan keadaannya semakin sukar untuk dikawal.
“Selepas filem Superman ditayangkan, saya rasa sangat susah untuk dihadapi… Saya tidak pandai berpura-pura, dan ia membuatkan saya jadi rasa cemas dan panik.”
Paling teruk, pada tahun 1996, Margot mengalami episod manic yang buat dia hilang kawalan. Dia hilang beberapa hari di Los Angeles dan ditemui dalam keadaan tidak terurus, dengan rambut dipotong kasar dan gigi depan hilang.
Pada ketika itu, dia memang hidup di jalanan dengan tidur dalam kotak kadbod di belakang rumah orang. Media pada ketika itu dengan tiada belas kasihan telah memanggilnya sebagai ‘pelakon gila paling terkenal di dunia’.
Walaupun begitu, Margot mengatakan bahawa komuniti gelandanganlah yang melindungi dia waktu krisis mentalnya.
Menurut laporan People, Margot berdepan dengan masalah kesihatan mental yang serius dan pernah menolak untuk mendapatkan rawatan. Namun pada tahun 2018, Margot telah meninggal dunia pada usia 69.
Akhirnya, glamor hanyalah sisi yang orang nampak. Yang jarang kita sedar adalah harga yang mereka perlu bayar untuk terus bertahan.
Mereka yang pernah berada di puncak kegemilangan ni terpaksa berdepan dengan kesihatan mental sehinggakan kehilangan identiti diri sendiri. Secara tak langsung, ia mengingatkan pada kita bahawa populariti dan kemewahan tidak menjamin kebahagiaan selamanya.
Sumber: The Sun, Telegrafi, The Hollywood Reporter, Independent