GIVEAWAY!! Tiket Wayang ‘FIVE FEET APART’ Untuk Dimenangi!

Kalau korang ni jenis suka layan movie-movie yang bergenre Romantik tu, meh sini admin nak payung tiket kat korang!

Team Lobak Merah berbesar hati nak bagi sepasang tiket tayangan perdana filem FIVE FEET APART.

Tiket free kot! Siapa yang tak nak kan! And korang merupakan golongan pertama yang tengok filem ni kat Malaysia tau.

So kat sini ada 60 pasang tiket untuk dimenangi! Jadi jangan lepaskan peluang!

Sinopsis :

Kisah ini menceritakan tentang dilema percintaan 2 pesakit Cystic Fibrosis iaitu Stella (Haley Lu Richardson) dan Will (Cole Sprouse) yang berusia 17 tahun. Cinta mereka mula berputik sejak bertemu di hospital namun kebahagiaan dan kemesraan yang didambakan sebagai pasangan kekasih terpaksa dilupakan kerana mereka perlu berada pada jarak 5 kaki , jika tidak masalah kesihatan mereka akan semakin merosot. Persoalannya mampukah mereka teruskan hubungan percintaan ini? Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta Stella dan Will?

So macam mana nak dapatkan tiket ini? Korang mestilah:

1.Like FB & Instagram Lobak Merah
2.Tag kawan korang yang kaki movie dalam ruangan komen
3.Share kan post ini

Tu je! Bagaimanapun ia tertakluk pada terma dan syarat

Terma & syarat

  • Peraduan berakhir pada 19 Mac 2019, 11.59 PM
  • Setiap pemenang akan dapat 2 tiket
  • Berumur 18 tahun keatas. Dibawah 18 tahun takkan layak dapat Giveaway ini.
  • Pemenang akan dipilih secara rawak oleh Team Lobak Merah.
  • Hanya terbuka untuk standard seats.
  • Tidak boleh ditukarkan kepada tunai dan tak boleh non-entendable
  • Tiket percuma boleh ditebus pada 7.45PM, 20 Mac 2019 di TGV Cinemas , One Utama.
  • Segala info peribadi yang kami kumpulkan akan dikendalikan dengan baik mengikut polisi peribadi dan undang-undang privasi. Team LOBAK MERAH tidak akan mendedahkan maklumat peribadi anda yang dikumpulkan untuk peraduan ini kepada mana-mana pihak ketiga.
  • Sekiranya pemenang yang dipilih tidak dapat ambil dalam masa 12 jam selepas masa dihubungi atau selepas 3 percubaan untuk menghubungi, yang mana lebih awal,Team Lobak Merah  mempunyai hak untuk memilih pemenang lain dari penyertaan yang layak. Proses ini akan diteruskan sehingga tiket telah diberikan.
  • Kemasukan harus menggunakan nama pemenang, gambar, lokasi, pendapat dan / atau rakaman suara untuk tujuan publisiti tanpa pampasan, pertimbangan atau kebenaran tambahan, kecuali jika dilarang oleh undang-undang.
  • Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan, kerosakan, dan tuntutan jika berlaku apa-apa pada tiket yang telah diberikan.
  • Lobak Merah mempunyai hak mutlak untuk meminda, menyemak dan / atau mengubah mana-mana terma dan syarat atau menukar mana-mana aspek pemberian pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dan tanpa memberikan apa-apa sebab.

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.