Baru-baru ini, seorang pelawak terkenal telah ditahan polis kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pemerdagangan orang dengan tujuan eksploitasi seks.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Amran Mohd Ghani berkata, pihaknya telah membuat serbuan semalam pada jam 10 pagi dan menyelamatkan seorang wanita dari menjadi mangsa pemerdagangan.
Pelawak berusia 40-an itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Kuala Pilah selepas melakukan risikan Ops Pintas, lapor Berita Harian.
Menerusi Ops Pintas, kami menahan seorang lelaki dan menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda.”
Dalam serbuan tersebut, pihak polis turut merampas sebuah kereta Perodua Axia, beberapa bungkus kondom, sejumlah wang tunai dan empat telefon bimbit.
Suspek direman selama empat hari manakala mangsa yang diselamatkan mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.
“Suspek juga dikenakan kompaun bagi kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah – Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) ( Pelan Pemulihan Negara) 2021.
“Siasatan lanjut berkaitan kes ini diteruskan bagi mengenalpasti rangkaian kegiatan pemerdagangan orang ini.”
Nama Tauke kena petik
Disebabkan berita penahanan ini, ramai netizen telah membuat andaian bahawa pelawak yang ditangkap tersebut adalah Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria.
Pun begitu, Harian Metro melaporkan Tauke menafikan bahawa dirinya merupakan individu yang ditahan polis di sebuah hotel di Kuala Pilah.
Saya tidak terbabit dalam apa-apa kegiatan seperti itu. Gilalah siapa yang petik nama saya itu.
“Saya ada saja di rumah di Bukit Jalil ini. Saya berada dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan.
“Biarlah apa orang nak cakap, tapi tak eloklah kaitkan saya dengan isu sedemikian.”
Walaupun namanya dipetik, Tauke mengatakan yang dia tak marah malah menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang lucu.
Rasa kelakar pula bila nama saya dikaitkan dalam perkara ini.
“Saya tiada hak untuk menutup mulut orang. Masing-masing ada hak bersuara. Kalau Agong pun orang boleh pertikaikan, apatah lagi saya ini.
“Jangan risau saya berada dalam keadaan yang baik disamping isteri saya sekarang ini.”
Isteri Tauke, Nadia Mohd Affandi turut menafikan pembabitan suaminya mengenai isu penangkapan tersebut dan mengesahkan suaminya ada disisinya.
Baca: Ruangan Komen Diserbu Netizen Lepas Viral Kes Ditahan Polis Kerana Positif Dadah, Ini Respon Anju…