in

Gila Gajet Tapi Risau Bajet? Ini Tips Mudah Untuk Korang Miliki Gajet Idaman

PAYLATER 1

Gajet merupakan alat elektronik kecil yang mempunyai fungsi khusus dan biasanya alatan elektronik ini sering memiliki pembaharuan seiring dengan perkembangan teknologi serta disesuaikan dengan permintaan pengguna.

Tidak dinafikan, ada antara kita yang minat akan perkembangan gajet-gajet tertentu dan pasti ingin memiliki yang terbaharu ditawarkan di pasaran. Kalau korang antara yang ‘gila gajet’ tetapi agak sukar untuk ‘ikut’ perkembangan gajet semasa berikutan bajet yang tidak mengizinkan jadi kitorang ada nak share tips untuk korang.

pexels chait goli 2093322

Ini beberapa tips untuk korang untuk memiliki gajet idaman tersebut : 

1. Beli yang ‘ori’ dan ada waranti 

Jangan disebabkan kurang bajet, korang beli yang cetak rompak, gred AA dan sebagainya. Apa yang pasti, ianya tak akan sama sekali sama dengan apa yang korang mahukan pada awal tadi. 

giphy 3

Contohnya korang nak dapatkan kamera digital, sebelum mula ‘menyelam’ cari harga yang berpatutan, pertimbangkan status keaslian produk dan tempoh waranti. Barangan ‘ori’ biasanya memberikan waranti yang sepatutnya dan boleh digantikan dengan yang baru sekiranya barangan tersebut mempunyai kerosakan dalam tempoh jaminan yang diberikan.  

Kalau perlu tambah tempoh waranti, korang pertimbangkan dulu sama ada berbaloi atau tidak. 

2. Dapatkan promosi terkini & membuat perbandingan di platform shopping 

Sebelum membeli sebarang gajet yang tengah ‘trend’, pastikan korang baca ‘review’ tentang produk tersebut atas talian. Bukan apa, kadang-kadang bukan semua gajet baru ni menepati apa yang kita nak. 

Buat dulu perbandingan atas talian, cuba dapatkan sebanyak mana input tentang produk dan harga jualan. Ada kalanya, gajet yang sama akan dijual lebih murah di kedai atau laman web tertentu. Sesetengah tu, ada juga yang tawarkan baucar bayaran ansuran tanpa faedah yang pasti tak bebankan ‘komitmen’ bulanan korang. 

Tips ekstra : Cari tawaran yang ada rebat tunai, bayaran balik, baucar  diskaun dan sebagainya untuk lebih penjimatan.

3. Bayar secara ansuran untuk nilai barangan yang tinggi

Salah satu cara lain untuk korang yang ‘tak sabar’ untuk menyimpan, menabung atau tak nak beli barangan terpakai, apa kata korang cuba cari barangan yang boleh dibayar secara pecahan bulanan bukan sahaja guna kad kredit, tapi kad debit pun boleh digunakan,

giphy 4

Ada pelbagai aplikasi yang tawarkan bayaran seperti ini di pasaran tetapi hanya PAYLATER yang mempunyai pelbagai cara bayaran yang fleksibel sehingga 24 bulan dan korang hanya perlu membuat pembayaran pertama sahaja semasa pembelian sebanyak 25% dari harga keseluruhan barangan.

Selain itu, korang juga boleh pertimbangkan untuk gunakan PAYLATER untuk dapatkan pelbagai tawaran menarik dari pelbagai jenama terkenal seperti Brightstar Computer, DJI, ILLEGEAR, Level51, Machines, Senheng, senQ, Switch, iTworld, Thunder, Viewnet, dan banyak lagi.

Lobak Merah 01

Paling menarik, PAYLATER ini boleh digunakan di kedai  fizikal mahupun atas talian melalui mana-mana kedai yang mengambil bahagian dan sempena sambutan Merdeka nanti, PAYLATER ada juga adakan promosi-promosi eksklusif seperti :

  • Baucar E-Tunai PERCUMA bernilai RM60 kepada 1,000 pelanggan pertama. Pelanggan hanya perlu membuat perbelanjaan minimum RM 750 dalam satu resit.
  • Baucar 8 ansuran TANPA CAJ untuk 1,000 pelanggan pertama dengan berbelanja minimum RM1,500 dalam satu resit.
  • Pemberian Baucar Istimewa bernilai RM80  pada hari Isnin setiap minggu untuk produk dalam kategori yang tertentu. 

Tandakan tarikh ini 1, 8, 15 dan 22 Ogos 2022 pada kalendar anda untuk menikmati tawaran hebat ini ye!

Dapatkan Produk Samsung Dengan Bayaran Harian Serendah RM8 

Lobak Merah advertorial visual

Pengguna hanya perlu bayar serendah RM8 sehari bagi mendapatkan produk Samsung seperti smartphone, Samsung Tab, Samsung Smart TV, Mesin Basuh Samsung dan banyak lagi boleh didapatkan sempena Promosi Merdeka PAYLATER

p/s : Semua baucar terpakai untuk semua kedai rakan kongsi PAYLATER termasuk dalam kedai, omni-pay, e-dagang (laman web) dan PAYLATER Mall. 

Lobak Merah 03

Untuk maklumat lanjut tentang promosi istimewa ini dari PAYLATER boleh ikuti mereka di Facebook, Instagram atau layari www.paylater.com.my.

Sumber: Giphy
Sumber: Giphy
Sumber: PAYLATER