in

“Ghisau tengok” – Lelaki Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM400, Netizen Risau Kesihatan Terjejas

Pecah Rekod Nasi Kandar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau datang ke Pulau Pinang, tak sahlah kalau tak cuba makanan yang menjadi signature orang Penang iaitu Nasi Kandar.

Baru-baru ini, tular sebuah video daripada restoran nasi kandar terkenal di Pulau Pinang, Nasi Kandar Sulaiman yang memaparkan seorang lelaki mencipta rekod baru apabila telah memesan nasi kandar bernilai RM400.


Menerusi perkongsian itu, lelaki itu katanya telah memilih hidangan nasi untuk tiga orang berharga RM4.50, 10 ekor sotong (RM80), 29 ekor udang (RM232), empat ekor ikan (RM22), telur masin (RM1), telur rebus (RM1), bendi (RM1) dan dua ketul kepala ikan (RM48). Fuh banyaknya! 

Lebih mengejutkan, hidangan itu dihabiskannya seorang diri dalam tempoh sejam!

@nasikandarsulaiman

RM400🔥pecah rekod📢. Rekod maker tunjuk lauk-lauk yang diambil #nasikandar #virall #tiktok #weekend #pulaupinang #malaysia #makananviral #nasikandarmalaysia #trending #foodies #NKH #penangfoodie #nasi #viraltiktok #malaysian

♬ original sound – NASI KANDAR SULAIMAN – NASI KANDAR SULAIMAN

Artikel berkaitan: Jual Nasi Kandar Di Restoran Sendiri, Chef Indonesia Dakwa Nasi Kandar Malaysia ‘Berpasir’ Kurang ‘Flavour’

Artikel berkaitan: “Pecah rekod lagi” – Lelaki Ini Berjaya Habiskan Nasi Kandar RM350 Setalam Dalam Masa 1 Jam

Netizen risau tengok lelaki makan berlebihan 

Meskipun perkongsian itu membuatkan netizen kagum, namun ramai juga yang meluahkan rasa bimbang melihat lelaki tersebut makan dalam kadar yang banyak.

Ramai yang menasihatkan individu tersebut untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan berharap dia tidak kerap mengamalkan rutin pemakanan yang seperti itu.

Makan Banyak

Tak salah nak makan nasi kandar, min favourite nasi kandar. Tapi berpada-padalah, anggap ia sebagai peringatan. 

Sumber: Facebook, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.