Siapa sahaja tak kenal dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti.
Penyanyi tersohor negara ini sentiasa disayangi peminat sejak awal pembabitannya dalam dunia seni.
Sikapnya yang lemah-lembut dan bersopan santun membuatkan personaliti, penampilan dan kehidupannya sentiasa jadi bualan orang ramai.
“Bila ibu Aafiyah mula bekerja..”
Semenjak menjadi ibu, Tokti tak pernah lokek berkongsi kisah cahaya matanya , Siti Aafiyah Khalid di Instagram.
Terbaru, screenshot beliau sedang berbual bersama Aafiyah di telefon mendapat perhatian peminat kerana kecomelan si ‘pipi merah’.
https://www.instagram.com/p/Byr-fogn2gD/
Comel sungguhlah anak Tokti ni! Geram betul bila tengok mimik muka dia tu.
Biasalah kan, mana-mana ibu yang bekerja pasti dapat memahami kerinduan pada anak di rumah. Sikit-sikit nak telefon, terubat rasa rindu.
Aafiyah lebih iras kepada siapa?
Tapi kalau tengok gambar tu, macam ada iras-iras Tokti. Tapi kalau tengok balik, ada juga rupa suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Peminat-peminat pun bukan main excited lagi tengok! Jangan terberanak sudah pulak ye tengok muka Aafiyah.
Aafiyah, kelahiran yang dinanti-nantikan
Dulu ingat lagi kelahiran si comel ni dinanti-nantikan oleh bukan saja Tokti sekeluarga malah seluruh rakyat Malaysia dan peminat-peminat di negara seberang.
Semoga Aafiyah menjadi anak yang solehah dan membesar dengan sihat ye! Muah!