in

Genius Matematik, Adi Putra Bakal Tamatkan Zaman Bujang Dengan Gadis Kelantan

Ft Adi Putra Bertunang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau anda masih ingat, dulu ada seorang kanak-kanak ini popular kerana begitu genius dalam Matemaik, masa berlalu, Adi Putra Abdul Ghani  kini telah mengikat tali pertunangan dengan gadis pilhan hatinya, iaitu Siti Sarah Zurkarnin pada 19 Julai lalu.

Katanya kepada mStar Online, Adi sebenarnya dah kenal dengan Siti Sarah sejak 8 tahun lalu. Mereka mula bersua menerusi Instagram, pada waktu itu, Adi sedang mengajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).


 

“Dia ada kawan di sana, jadi kami kenal melalui connection di Instagram. Bermula di DM menjadi friendship, kemudian relationship pula. Pada masa tu dia masih belajar.”

“Kami ambil masa 7 tahun untuk kumpul duit sehinggalah majlis diadakan di kediamannya di Kota Bharu, Kelantan pada 19 Julai.”

Jelas Adi lagi, dia akan menamatkan zaman bujang pada tahun ini, manakala majlis resepsi pula akan diadakan pada tahun depan.

Screenshot 2023 08 10 190539

“Tentang kahwin, semuanya masih dalam perbincangan untuk kami cari tarikh serta lokasi yang sesuai. Kalau tiada apa-apa, insya-Allah kami rancang nikah dulu tahun ini, persandingan besar pula pada tahun depan.”

“Sekarang saya menetap di Cyberjaya bersama adik-beradik yang lain. Bulan depan, insya-Allah akan pindah ke Ampang. Ini juga sebahagian persiapan untuk kahwin, kena cari rumah sendiri.”

Dalam pada itu, Adi menjelaskan bahawa sikapnya yang suka ‘mendiamkan diri’ daripada mendapat perhatian umum telah membuatkan ramai rakyat Malaysia ingatkan Adi sudah pindah ke luar negara.

Screenshot 2023 08 10 190724

“Ada yang jumpa saya, dia tanya ini betul Adi ke? Mereka fikir saya dah pindah cari kerja di luar negara. Sebenarnya tidak, saya sentiasa ada di Malaysia. Berkeja di sini juga.”

“Sebagaimana orang tengok Instagram, saya memang jarang-jarang berkongsi apa-apa. Saya tidak begitu aktif di media sosial. Tapi tunang saya ada bagi idea supaya saya buat TikTok atau YouTube untuk ajar matematik.”

“Untuk buat seorang diri tu, saya rasa belum lagi, insya-Allah lepas dah kahwin, dia boleh tolong saya.”

Screenshot 2023 08 10 190753

Dalam pada itu, Adi juga menjelaskan bahawa dia kini tidak terikat dengan mana-mana pihak dan lebih selesa bergerak sendiri dan kini dia sekarang bekerja dalam bidang IT.

Untuk rekod, Adi Putra pernah menggemparkan negara selepas dia digelar genius matematik. Ketika dia berumur 6 tahun, dia telah mendapat tawaran melanjutkan pegajian di dua universiti terkemuka dunia iaitu University of Oxford dan Universiti Harvard.

Baca : Adi Putra Dedah Tidak Terima Bonus Filem Mat Kilau Walaupun Kutipan Cecah RM90 Juta

2Adi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.