Sewaktu kita kecil, ibu bapa menjaga kita ibarat menatang minyak yang penuh. Pendek kata, apa sahaja kemahuan kita pasti akan diturutkan. Dan kini apabila kita sudah meningkat dewasa, pengorbanan mereka itu haruslah dibalas dengan cara yang sama mereka lakukan dahulu. Contohnya, kalau dulu mereka yang berikan kita duit, kini giliran kita lah pula berikan mereka duit.
Namun apa yang berlaku di Kota Bharu dilihat sebaliknya apabila seorang lelaki bertindak mengheret dan membelasah ibu kandungnya hanya kerana wanita itu tidak memberikannya wang. Dah besar pun minta duit kat mak, dah kenapa?
Menurut Malaysian Digest, tindakan tidak berperikemanusiaan itu telah berlaku apabila Noor Rahman meminta wang dari ibunya namun permintaan Rahman tidak diendahkan oleh ibunya.
Berang dengan tindakan ibunya, Rahman bertindak mengheret Noor Aini Yusoff, 70, ke atas katil sebelum memukulnya menggunakan tangan di bahagian badan. Lebih kejam lagi, Rahman kemudian melemparkan botol minyak urut ke arah ibunya sebagai tanda melempiaskan kemarahannya. Gila ke apa dia ni?
Selepas disiasat, ternyata sebelum ini Rahman juga pernah berlaku zalim kepada ibunya tiga hari sebelum kejadian itu berlaku dengan membaling kerusi ke arah mangsa. Selain daripada itu, ibunya juga turut mengadu bahawa anaknya telah mengurungnya di dalam bilik dan tidak membenarkan sesiapa untuk menjenguknya.
Akibat perlakuan biadap Noor Rahman, ibunya kini mengalami kesan lebam pada bahagian badan dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Lorong Hidayah, pada 15 September lalu.
Pembantu katering itu kini didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM 2,000 atau kedua-duanya sekali.
Ekoran dakwaan yang diberikan, Noor Rahman memohon agar hukumannya diringankan kerana perlu menanggung biaya bayinya yang baru berusia 40 hari, serta isterinya yang tidak bekerja.
Majistret Nik Habri kemudian menasihatkan agar Noor Rahman meminta maaf kepada ibunya terlebih dahulu atas perbuatan yang dilakukan.
“Ini merupakan permintaan ibu kamu. Dia mahu saya beri hukuman maksimum. Hukuman ini merupakan balasan ‘bayaran cash‘ kepada kamu. Saya harap kamu ambil pengajaran dan tidak mengulanginya, begitu juga kepada orang lain.”
Tulah lain kali jangan sesekali derhaka kepada ibu bapa. Memang Tuhan kasi balasan cash kepada orang yang menderhaka seperti ini!
Baca: Anak Derhaka Jerut Leher Ibu Sebelum Rakan Tikam Bahagian Perut