Konflik yang melanda Palestin dan Israel kini menjadi tumpuan dunia sehingga ramai selebriti dan influencer mula bersolidariti menyatakan sokongan masing-masing.
Begitu juga dengan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berkongsi satu peristiwa pada tahun 2014 apabila beliau hampir disingkirkan untuk bertanding dalam sebuah kejohanan besar di Eropah.
Artikel berkaitan: Tak Profesional & Tergantung Begitu Lama, Azizulhasni Awang Kecewa MSN Tak Tepati Janji
Artikel berkaitan: “Terbaik sepanjang zaman!” – 7 Atlet Malaysia ‘Lejen’ Yang Mencipta Sejarah!
Situasi tercetus apabila ketika The Pocket Rocketman memenangi dalam satu sesi perlumbaan, beliau mengangkat kedua-dua belah tangan untuk menyampaikan mesej kepada seluruh dunia.
[1/7]
Pada Julai 2014, saya hampir di tendang keluar dari perkampungan sukan dan penyertaan saya di satu kejohanan besar di Eropah hampir dibatalkan.Semuanya gara-gara kerana saya memaparkan mesej Save Gaza di atas glove yang saya pakai. Ketika itu saya berlumba dengan pic.twitter.com/4ub118hn4E
— Azizulhasni Awang (@AzizulAWANG) October 17, 2023
“Semuanya gara-gara kerana saya memaparkan mesej ‘Save Gaza’ di atas glove yang saya pakai,” katanya.
Dalam perkongsian itu, Azizulhasni atau mesra disapa Jijoe berkata sepanjang kejohanan berlangsung, Gaza teruk bertalu-talu diserang oleh Israel.
“Ramai yang menjadi mangsa dan terkorban termasuk wanita, anak-anak kecil dan bayi, lagi memburukkan keadaan ketika itu di bulan Ramadan, bulan suci umat Islam,” kongsinya.
Menurutnya, antara alasan pihak penganjur yang mahu membatalkan penyertaan beliau adalah kerana menyampaikan mesej berbaur politik di pentas sukan.
“Niat saya ketika itu hanyalah untuk menyampaikan mesej kemanusiaan bagi seluruh dunia tahu keadaan di Gaza.
“Betapa hipokritnya mereka, pelbagai cara mereka lakukan untuk menutup mulut, telinga dan mata dunia. Namun, apabila giliran mereka semuanya boleh pula,” katanya.
Dalam pada itu, Azizulhasni menyeru kepada semua untuk terus memberi sokongan kepada saudara-saudara di Palestin.
Sumber: Twitter