in

Gara-Gara Pakai Pelitup Muka Kain, Jerawat Gadis Ini Membengkak Sampai Kena Bedah!

Ft Mask

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika menghadapi pandemik ini, pelbagai norma baharu perlu kita aplikasi dalam kehidupan seharian bagi menjamin keselamatan diri dan keluarga. Ini termasuklah dengan membersihkan tangan serta memakai pelitup muka. Pelitup muka pula mempunyai pelbagai jenis dengan variasi corak yang dapat dipilih bersesuaian dengan citarasa setiap individu.


Tapi siapa sangka, penggunaan pelitup muka juga ada padahnya iaitu membawa kesan kepada wujudnya maskne iaitu keadaan kulit yang menyerupai jerawat kesan daripada penggunaan pelitup muka.

Sungguhpun kewujudan maskne itu dianggap normal, tanpa disangka-sangka ia boleh mengakibatkan jerawat yang teruk hingga menyebabkan seseorang itu perlu dibedah.

Pengalaman yang dialami oleh seorang gadis dikenali sebagai Fahira menerusi akaun Tik Toknya berkongsikan kisahnya mengalami jerawat besar seakan-akan bisul kesan daripada penggunaan pelitup muka jenis kain.

Capture 1 1 2

Menurut perkongsian gadis itu, dia menyangka jerawat itu muncul akibat daripada hormon. Dia turut cuba untuk merawat jerawat itu dengan menggunakan kentang namun tetap tidak membuahkan hasil.

Korang kalau kena macam ni, baik cepat-cepat jumpa doktor tau!

Pada awalnya saya menyangka ia hanyalah jerawat biasa, jerawat haid. Namun selepas 3 hari jerawat itu semakin besar hingga menyebabkan pipi saya bengkak sebelah. Saya terus bertanyakan kepada ibu, adakah ini atau benda lain? Ibu saya menyangkakan bahawa itu adalah bisul.

Menyedari jerawat itu semakin besar dan membengkak gadis itu  mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan doktor, dan dikhabarkan terdapat jangkitan pada kulitnya.

OMG! Korang bayangkanlah sakit dia macam mana kalau dah sampai bengkak!

Menurut doktor, jangkitan itu berkemungkinan berpunca daripada pelitup muka jenis kain yang digunakannya selain kulit mukanya yang terlalu sensitif lapor Wolipop.

Oleh kerana wajah terlalu bengkak, tempoh dua hari diberikan kepadanya sebelum pembedahan dilakukan bagi membolehkan bengkak itu surut.

 

Capture 2 3

Sewaktu hari pembedahan dia hanya disuntik bagi mengeluarkan segala kotoran seperti nanah dan darah yang terkumpul.

Menurut Fariha lagi, perkongsian itu dilakukan sebagai peringatan buat semua orang dan dia tidak berniat untuk menakut-nakutkan sesiapa.

Betul lah tu, sekarang macam-macam jenis mask orang pakai, nak cantik pun kena fikir kesihatan sama okay!

 

Baca : Hanya pinjaman Jodoh Pengantin Baru Hanya Bertahan 4 Hari, Suami Maut Kemalangan

Ft Kahwin 1

Sumber: Tik Tok
Sumber: Tik Tok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.