Gara-gara penghuni lama punya hal, wanita ini trauma apabila dia sekeluarga terpaksa menanggung ancaman setelah kereta dan pekarangan rumahnya di Taman Johor Jaya, Johor Bahru terbakar selepas dibaling bom petrol.
Wanita yang dikenali sebagai Ling Ling, 22, berkata, keluarganya menerima ancaman pertama kira-kira jam 11 malam pada 1 Februari lalu apabila kereta jenis Persona milik ahli keluarganya dibakar.
Artikel berkaitan : Bekas Suami Berhutang Dengan Ah Long, Rumah Ibu Tunggal Pula ‘Diserang’
Artikel berkaitan : Nak Bayar Deposit Rumah, Gadis Terjerat Hutang Lebih RM30K Sebab Pinjam 16 Ah Long
“Kejadian berlaku di hadapan rumah kami pada Selasa namun bapa saya sempat keluar rumah dan berjaya memadamkan kebakaran selepas mendengar jeritan jiran.”
“Dalam dua kejadian tersebut, bahagian bumbung, bonet hadapan, cermin besar hadapan dan pintu bahagian penumpang hadapan rosak.”
Seorang wanita trauma apabila kereta dan pekarangan rumahnya di Taman Johor Jaya, Johor Bahru terbakar selepas dipercayai dibaling bom petrol dalam bulan ini.
Dia bertugas sebagai juru jual dikenali sebagai Ling Ling, 22, berkata, keluarganya menerima ancaman pertama kira-kira… pic.twitter.com/8IghzSnPSQ
— SinarHarian (@SinarOnline) March 1, 2024
Jelasnya lagi, kejadian kedua pula berlaku ketika dia berada di sebuah restoran di Permas Jaya pada pukul 5.45 pagi dan menerima amaran dari CCTV rumahnya berkenaan kebakaran itu serta terus meminta bapanya melihat keadaan.
Hasil penelitian di CCTV, ia mendapati ada sebuah kereta jenis Perodua Myvi putih dinaiki 3 individu telah melempar 2 objek di halaman rumah hingga mengakibatkan kebakaran.
“Saya bersyukur kerana api tidak merebak ke dalam rumah dan semua ahli keluarga dan jiran selamat. Sebelum ini saya pernah membuat carian alamat rumah keluarga saya dalam Facebook dan mendapati ada sebuah akaun Facebook bernama Lee Hong K××× memuat naik gambar kad pengenalan lelaki bernama, Khoo Teng Khoon yang merupakan penghuni rumah bapa saya sebelum ini.
“Lelaki itu didakwa berhutang dengan pemilik akaun Facebook tersebut yang dipercayai sindiket ceti haram.”
Jelas Ling Ling lagi, biarpun keluarganya tiada sebarang kaitan dengan lelaki berhutang itu, Ah Long tersebut sengaja membuat ancaman terhadapnya.
“Kami tiada kaitan dengan urusan pinjaman wang itu dan keluarga kami sudah tinggal di sini selama 10 tahun. Mereka semakin berani dan melampau. Selain keluarga kami, jiran juga bimbang dengan keselamatan masing-masing,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Johor Jaya.
Tegasnya lagi, ancaman berkenaan mengakibatkan keluarganya semakin bimbang dengan keselamatan mereka dan berharap semua suspek ditangkap.
Sumber: Sinar Harian