in

Gara-Gara Dendam Dengan Bekas Mertua, Lelaki Bunuh Bekas Isteri, Buang Mayat Dalam Semak

Ft Indo 2

Perkahwinan yang bahagia dan direstui keluarga adalah impian setiap pasangan.

Namun berbeza dengan lelaki di Acheh ini, hubungan perkahwinannya tamat hanya selepas satu tahun berkahwin.

Menurut lelaki itu, Ariska Apandi,  keluarga mertuanya menjadi punca hubungan itu terhenti di tengah jalan.

Tidak berpuas hati dengan penceraian itu, lelaki tersebut bertindak membunuh bekas isterinya dan membuang mayat wanita itu ke dalam semak samun lapor Suara Samut.

Kejadian yang berlaku pada tahun 2018 itu hanya dilaporkan pada Julai 2020 oleh keluarga mangsa sebagai kes kehilangan orang.

 

Capture 8 4

Penemuan mayat wanita itu pada Oktober 2020 membawa kepada penangkapan bekas suaminya.

“Saya sakit hati kepada keluarga bekas isteri saya. Sebab itu kami bercerai. Kemudian kami berjumpa lagi akhir (pada) tahun 2018 setelah bercerai selama satu tahun, dan bekas isteri meminta (untuk) ikut saya,”

Peluang itu digunakan Ariska untuk menamatkan nyawa isterinya di lokasi yang telah dirancang. Sebilah pisau turut disediakan di lokasi tersebut sebelum rancangannya diteruskan.

Saya bawa dia ke lokasi ini, dan sebelum saya bunuh, saya sudah merancang semuanya dengan membeli pisau. Setelah saya bunuh, mayatnya saya buang ke semak anak sungai ini, dan motor jenis Supra X 125 miliknya saya jual dengan harga Rp 7 Juta kepada orang Takegon.

Tidak cukup dengan pembunuhan kejamnya itu, Ariska turut menjual motor milik bekas isterinya itu.

 

Capture 2 4

 

Mayat mangsa kemudian dicampakkan ke dalam semak sebelum pihak polis berjaya menemukan rangka itu, dua tahun lepas kejadian.

Bekas isteri Ariksa yang dikenali sebagai Sawari hanya berusia 17 tahun ketika itu dan mayatnya dipercayai dibiarkan di daerah Aceh Tengah.

Hal rumah tangga adalah milik pasangan itu sepenuhnya, jadi tak perlulah ada percampuran orang ramai. Tapi jangan sebab dendamkan orang lain, orang lain pula jadi mangsanya…

 

Baca : Perbuatan kejamnya dilihat anak mangsa berusia 5 tahun Bunuh & Rogol Isteri Polis Bantuan, Penganggur Dihukum Gantung

Capture 8 3