Filem bergenre seram, Evil Dead Rise kini boleh dikatakan antara filem hangat untuk dipertontonkan di pawagam, pasti ramai penggemar filem-filem seram ini teruja untuk menontonnya.
Tidak dinafikan bila melihat trailer pun, dah mula rasa seram, suspen dan ngeri apatah lagi jika dapat menonton penuh, jadi sangatlah tidak digalakkan untuk bawa kanak-kanak bawah umur untuk menontonnya.
Nasihat ini diberikan kerana perkara ini telahpun terjadi di depan mata @bakebytasha_ sewaktu menonton filem tersebut.
Budak meraung masa cerita separuh jalan
Dia yang sudah menonton filem itu tidak menafikan bahawa ianya memang seram dan juga menggelikan, dia juga menegaskan kepada ibu bapa untuk tidak bawa anak kecil menonton sekali.
“Ada kejadian tak tahu lah dia kena rasuk juga ke atau budak tu terlalu takut sampai meraung satu family keluar masa separuh cerita.”
https://www.tiktok.com/@natashadaud96/video/7226319040396922114
Video yang meraih lebih daripada 430K jumlah tontonan dalam masa sehari ini telah meraih perhatian netizen, ada yang mempersoalkan bahawa filem ini sepatutnya untuk tontonan 18 tahun ke atas malah ramai golongan dewasa akui bahawa filem Evil Dead Rise ini memang mengerikan.

Hurm, min tak tengok lagi, tapi korang yang dah tengok filem ni nak bagi rating berapa?
Baca : [VIDEO] Berjaya Masuk Pasaran Amerika Utara, Ramai Tak Tahu Rupanya ‘Movie’ Ni Dari Malaysia!

