in

“Ganti jadi punching bag” – Sesiapa Yang Stres Boleh Bayar Untuk Pukul Lelaki Turki Ini

F1 Turki Punching Bag

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak anda yang mengalami stress cuba untuk memukul angin atau objek yang ada di sekeliling anda tapi terpaksa tahan diri dan kawal kemarahan sebab takut barang-barang kepunyaan rosak atau menyebabkan kecederaan pada diri anda sendiri?

Kalau korang ada kecenderungan macam ni, adalah digalakkan untuk korang dapatkan punching bag, jadi jika stres korang tak akan pukul benda yang tak sepatutnya.


Turki Punching Bag 3

Namun, seorang lelaki di Turki ini pula ada idea yang lebih unik iaitu dia sendiri menjadi punching bag manusia di mana sesiapa yang stres boleh membayar untuk memukul dirinya.

Menurut Oddity Central, Hasan Riza Gunay memulakan bisnes untuk melegakan stres itu setelah dia melihat ada sesetengah orang yang boleh melegakan kemarahan dengan cara tidur, bersenam dan bermeditasi. Namun, tidak dilupakan juga ada segelintir individu yang perlu melegakannya dengan cara memukul sesuatu.

Dia dikatakan telah berkecimpung menjadi punching bag manusia sejak tahun 2010 lagi dan kini dia bergelar jurulatih stres berlesen. Walau bagaimanapun, ada beberapa syarat juga yang perlu diikuti oleh pelanggan yang mahu menumbuk dirinya.

Antaranya, saya kadang-kadang akan memakai topeng yang diperbuat daripada gambar orang yang membuat klien saya stres dan mereka boleh menjerit dan marah pada gambar tersebut, “ katanya.

Setiap sesi jadi punching bag hanya boleh dilakukan selama 10 hingga 15 minit sahaja dan setiap individu yang berminat juga perlu mempunyai sebab yang kukuh untuk menumbuknya. Contohnya, kalau orang tu tak stres pun dan hanya mahu memukulnya secara suka-suka, Hasan tidak akan menerima individu itu sebagai pelanggannya.

Turki Punching Bag 2

Tambahnya lagi, kebanyakan pelanggannya merupakan individu yang mengalami serangan panik dan pernah kecewa atau stres dengan kerja atau kegiatan harian mereka.

Dia juga jarang merasa apa-apa kesakitan walaupun dipukul oleh klien kerana selain memakai alat keselamatan seperti helmet, 70 peratus pelanggannya adalah wanita.

Kesemua mereka juga akan menandatangani sebuah dokumen terlebih dahulu yang menyatakan Hasan Riza Gunay sememangnya rela dipukul untuk orang yang mahu melegakan stres.

Kat Malaysia belum ada perkhidmatan macam ni, so korang pergi gym je la untuk lepaskan stres.  

Sumber: Oddity Central, Anadolu 

Baca: Sarang Tebuan Ganti Pokok Pisang, Aksi ‘Salam Dari Binjai’ Lelaki Ini Bikin Gusar

Turki Punching Bag 1

Sumber: Anadolu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.