Gambar Najib Dalam Video K-Pop?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



K-Pop, satu industri muzik yang bukan asing lagi di kalangan rakyat Malaysia atau global.

Sebut saja nama-nama seperti BTS, Red Velvet, Blackpink, Twice dan macam-macam lagi. Asal datang saja ke Malaysia untuk buat konsert, mesti tiket habis! Hebat penangan K-Pop!

Tapi, korang tau tak ada artis K-Pop letak gambar meme Najib dalam klip muzik video mereka?

 

Muzik Video ‘Falling In Love’ Ada Artwork Gambar Najib

Dalam muzik video ‘Falling In Love’ nyanyian Woo Jin Young dan Kim Hyun Soo, ada beberapa part yang tonjolkan artwork gambar bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak.

Gambar tu boleh dilihat dalam minit ke 1:19, 02:00, antara 02:00 hingga 02:20 serta 02:30.

Sumber: YouTube

Kedua-dua bekas peserta program ‘MIXNINE’ ni melancarkan klip video ini khas untuk para penyokong mereka pada 14 Jun lepas.

Haha, siapa sangka kan artwork daripada aktivitis tempatan, Fahmi Reza akan muncul dalam muzik video milik artis luar negara?

Dia pun tak kisah gambar lukisannya digunakan dalam klip ni. Ok la tu!


Sumber: Twitter

Pada masa sama, netizen pun rasa benda ni kelakar bila dapat tau gambar Najib ada dalam klip ni.

Sumber: Twitter

 

Sumber: Twitter

 

Sumber: Twitter

Pada yang tak tau, gambar bekas Perdana Menteri itu antara simbol perjuangan mahasiswa yang menentang korupsi kerajaan terdahulu menggunakan hashtag #KitaSemuaPenghasut.

Tapi mungkin diorang ni pun tak tau maksud sebenar gambar. Sekadar appreciate art, why not?

Baca: Najib Ajar Rakyat Malaysia Suka Harap Duit Percuma – Tun M

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.