in

Najib Ajar Rakyat Malaysia Suka Harap Duit Percuma – Tun M

Makjemah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang diakui semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN), kerajaan itu banyak beri insentif dan wang percuma seperti BR1M dan lain-lain. Namun, sikap pentadbiran sebelum ni yang kerap limpahkan wang ringgit jadikan rakyat Malaysia suka mengharap duit percuma, lapor Malaysiakini.


Brim
sumber: blog

Menurut Tun M, perkara ni tak boleh lagi diteruskan kerana kerajaan hari ni kekurangan duit untuk diberikan kepada rakyat.

“Orang berharap untuk kita (kerajaan) bagi duit percuma kepada mereka sebab ini perangai yang dipupuk oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Dia bagi wang sesuka hati, dan kini orang harap kita bagi mereka duit sesuka hati. Tapi kita tak ada duit,” kata Tun M.

Lebih pedas kata Mahathir, kerajaan hari ni kurang duit sebab mereka ‘tak curi duit macam Najib’. Malah kerajaan sekarang juga banyak menggunakan wang untuk bayar hutang daripada pentadbiran BN. Ouch! 

A4296073A9F108C0621D8020Fe38C4C4
sumber: malaysiakini

Dalam perkembangan sebelum ni, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia mendapati bayaran balik GST kurang RM18 bilion. Beliau jugak mendakwa jumlah wang berkenaan disalah guna oleh kerajaan BN untuk tebus defisit, membiayai projek pembangunan dan diguna ‘sesuka hati’.

Pun begitu, Lim enggan kaitkannya dengan Najib dan menyatakan bekas ketua perbendaharaan negara, Tan Sri Irwan Siregar Abdullah tahu mengenainya. Malah, difahamkan juga dana GST telah digunakan untuk membayar BR1M kepada rakyat. 

Brim 1
sumber: mstar

Siapa yang tak suka wang percuma kan? Tapi percuma-percuma pun ada batasnya jugak… 

Baca: “Saya sedih sebab Tun M…” – Najib 

Atoto

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.