in

Gali Kubur Semula Untuk Siasatan Jenayah, Ini Penjelasan Mufti

syaz ft 2025 08 11T132510.336

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gali kubur semula bagi tujuan bedah siasat untuk siasatan jenayah hukumnya harus menurut Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman.

Ini susulan penggalian semula kubur Zara Qairina yang dilakukan semalam bagi menjalankan bedah siasat atas kes kematiannya itu.


Artikel berkaitan: 8 Jam Saksikan Bedah Siasat, Peguam Sahkan Memang Ada Kecederaan Pada Jasad Zara Qairina

Artikel berkaitan: Kubur Zara Qairina Digali Semula Hari Ini, Peguam & Polis Sahkan Proses Akan Dibuat Segera

Menurut beliau, hukum ini menjadi harus apabila terdapat darurat atau keperluan syarie yang tidak dapat dielakkan seperti siasatan jenayah untuk menegakkan keadilan atau membuktikan kes pembunuhan.

Pun begitu, beliau menegaskan hukum asal menggali semula kubur adalah haram kerana ia mencemarkan kehormatan si mati.

“Ulama mazhab Syafie menyatakan haram hukumnya membongkar kubur kecuali dengan sebab yang diiktiraf syarak, antaranya untuk tujuan penyiasatan atau pengesahan identiti dalam kes jenayah.

Selain itu, penggalian semula kubur diharuskan jika bertujuan mengambil semula harta yang tertanam bersama mayat secara tidak sengaja dan memindahkan jenazah ke tempat lain jika tanah kubur terancam atau rosak,” katanya.

Dalam laporan Harian Metro, beliau berkata ia hanya boleh dilakukan jika tiada alternatif lain untuk mendapatkan bukti.

Dalam pada itu, beliau juga berkongsi jenazah selepas bedah siasat tidak wajib dimandikan atau disolatkan semula sekiranya semua rukun sudah disempurnakan sebelum pengebumian pertama.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.