in

“Gaji saya kini kurang” – Keluhan Pegawai Perubatan Kontrak Rasa Seperti Dianaktirikan

Fll

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Jangan hanya puji, beri kami ganjaran,” itu lah kata-kata daripada kebanyakan pegawai perubatan yang meluahkan kekesalannya apabila mereka rasa seolah-oleh dianaktirikan.


Pada November lepas, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba ada berkata, mereka yang tamat latihan “housemanship” akan dinaik taraf daripada gred gaji U41 kepada U43 apabila jawatan mereka sebagai pegawai perubatan disahkan.

Walaubagaimanapun ketika ditemu bual oleh FMT, pekerja barisan hadapan yang diraikan sebagai hero atas usaha memerangi wabak dan dihantar ke hospital yang menempatkan kebanyakan pesakit Covid-19 ini menyatakan bahawa masih belum ada apa-apa kemaskini mengenai status naik taraf tersebut, mahupun kenaikan gaji.

 

Doktor junior di Malaysia sedang mengalami waktu yang sukar”

Salah seorang pegawai perubatan kontrak dari Kuala Lumpur berkata, ramai rakan sekerja risau tentang masa depan yang tidak menentu dan kurangnya pengiktirafan terhadap usaha mereka dalam memerangi wabak Covid-19.

Ini kerana merekalah yang dihantar ke pusat Covid-19 dalam masa yang agak lama.

“Semua orang bercakap tentang betapa berharganya petugas barisan depan, tetapi kamilah yang dihantar ke pusat Covid-19 selama berbulan-bulan.

“Gaji saya kini kurang daripada ketika saya menjadi ‘houseman’ kerana kehilangan elaun fleksibel RM600 apabila saya menjadi pegawai perubatan.

“Ramai orang berkata, kalau ingin menjadi doktor, tak perlu terlalu kisah tentang wang, tetapi kami hanya ingin berasa dihargai.”

Frontliner Covid19

Pegawai perubatan ini tergolong dalam kumpulan pertama yang diserap ke dalam sistem kontrak yang dilaksanakan pada 2016.

Ia merupakan satu sistem yang dilihat sebagai cara untuk mengurus lebihan graduan perubatan yang bersaing untuk mengisi sejumlah kecil jawatan tetap.

Setelah 5 tahun berlalu, kontraknya akan berakhir pada Disember nanti.

“Seorang pegawai memberitahu saya mereka tidak menerima apa-apa kemas kini berkenaan apakah yang akan terjadi selepas kontrak tamat.

“Yang lain berkata, saya patut mencari peluang pekerjaan yang lain, sebagai langkah berjaga-jaga,”

Dalam pada itu, doktor lain dari Negeri Sembilan pula menyatakan bahawa sistem lanjutan ini tidak sempurna kerana ia melucutkan kelayakan ramai doktor junior yang bersemangat untuk menjadi pakar.

“(Bilangan) doktor pakar merosot di sektor kerajaan. Lebih ramai yang beralih ke sektor swasta, pengambilan pengajian pelajar sarjana hanyalah sebahagian kecil daripada bilangan doktor yang memasuki sistem setiap tahun,”

Coronavirus Koronavirus Johor Bahru Fb

Dalam pada itu, Dr Muhammad Yassin, pegawai perubatan yang tamat latihan siswazah tahun lalu dan ditempatkan di Port Dickson, berkata, selain gaji dan prospek lebih rendah, doktor kontrak juga ‘diketepikan’ daripada menerima banyak faedah penting yang diterima oleh kakitangan tetap.

Walaupun beliau faham bahawa bukan semua pegawai perubatan kontrak boleh diserap ke jawatan tetap kerana kekosongan yang terhad, dia berharap mereka akan menerima faedah setanding dengan rakan sekerja mereka yang tetap kerana skop pekerjaan mereka umumnya sama.

 

Baca : “Kau duduk goyang kaki dekat rumah, sibuk canang Covid ni konspirasi” – Frontliner Selamba ‘Sound Setepek’ Geng Konspirasi

Frontliner

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.