in

Gaji ‘Frontliners’ Tidak Boleh Dibayar Jika Belanjawan 2021 Tak Lulus – Menteri Kewangan

Cats 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 6 November lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ada membentangkan Belanjawan 2021, yang membelanjakan peruntukan terbesar dalam sejarah negara iaitu sebanyak RM322.5 bilion.


Bagaimanapun, terdapat beberapa bantahan daripada rakyat Malaysia terhadap Belanjawan 2021 ini, misalnya peruntukan khas RM85.5 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dilihat memakan terlalu banyak perbelanjaan.

Terbaru, Tengku Zafrul ada mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak akan mampu menampung kos perbelanjaan untuk membayar gaji petugas barisan hadapan dan penjawat awam sekiranya Belanjawan 2021 tidak dululuskan di Dewan Rakyat.

2 13

Sambung Menteri Kewangan itu lagi, beliau yakin belanjawan kali ini dapat menolong negara Malaysia dan tiada sebab untuk ditolak dan tidak diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Memetik laporan sumber, belanjawan pada kali ini melibatkan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan yang memberi fokus kepada usaha untuk membantu rakyat.

“Kalau ditolak, dari segi ekonominya kita tidak dapat bayar komitmen kerajaan termasuk untuk membayar bantuan kepada rakyat”

 

Sumber: Bernama

 

BACA: Belanjawan 2021: Ini Apa Yang Dibentangkan Menteri Kewangan

Capture 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.