in

Gagal Pastikan Prosedur Keselamatan, Pemilik Taman Terbesar Australia Didenda RM10.6 Juta

Ft Theme Park

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Taman tema sentiasa menjadi pilihan ramai apa lagi untuk bercuti bersama keluarga.


Namun, tidak dinafikan kisah kecelakaan yang berlaku di taman tema bukanlah sesuatu yang asing, termasuklah di negara kita.

Kisah ini juga turut berlaku di Australia pada tahun 2016, sehingga menyebabkan kematian empat orang pengunjung.

Ish, bahaya tu sampai 4 nyawa terkorban…

Kejadian di Dream World, Gold Coast berlaku apabila dua rakit pengunjung dikatakan bertembung di Thunder River Rapids. 

Kejadian itu menyebabkan empat orang pengunjung yang terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan maut.

Susulan insiden itu, pihak pendakwa mengemukakan tiga tuduhan kepada Ardent Leisure, pemilik taman tema tersebut.

 

Capture 6 22

Pemilik Kena Denda

Disebabkan kejadian yang meragut nyawa empat pengunjung tersebut, Ardent didenda sebanyak Aus$3.6 juta (AS$2.5 juta) kerana gagal memastikan prosedur keselamatan berada dalam keadaan baik.

Walaupun perkara tak dijangka, tapi bukan main-main ya nyawa orang…

Taman tema itu juga didapati melanggar undang-undang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja oleh Mahkamah Quennsland selain boleh dikenakan denda maksimum sebanyak Aus$4.5 juta.

Capture 1 3 4

Bagaimanapun, dalam kenyataan Bursa Sekuriti Australia, Ardent dikatakan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden disamping memohon maaf, lapor Harian Metro.

Selain Ardent, Ahli Lembaga Pengarah dan Eksekutif turut merakamkan simpati serta takziah kepada keluarga mangsa diatas insiden yang telah berlaku.

Berikutan cubaan untuk membuka semula taman tema sebelum urusan pengebumian selesai, syarikat itu berdepan dengan kritikan.

Namun bagi kejadian yang berlaku, pemilik taman tema itu dikatakan sudah memberi ganti rugi kepada kebanyakan keluarga mangsa, responden pertama, serta pihak yang terkesan dengan insiden tersebut.

Diharapkan kejadian ni tak berlaku di taman tema yang lain lah ya, ye la orang pergi sebab nak berseronok, tapi lain pula jadinya. Jadi korang hati-hati ya lepas ni. 

 

Baca :Macam mana nak control VIDEO] Elak Penularan, Taman Tema Tunjuk Bukti Boleh Je Takyah Jerit Masa Naik Roller Coaster

Capture 6 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.