in

Gadis ‘Spill The Tea’ Tentang Kisah Hubungan Sulit Dengan Bekas Kekasih ‘Orang UMNO’ Di LinkedIn

Linkedinspilltea

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang bekerja di bahagian profesional, anda mesti familiar dengan platform media sosial LinkedIn. Selalunya mereka yang guna LinkedIn ni lebih tertumpu kepada nak mencari jaringan hubungan berkaitan pekerjaan dan bisnes. Senang cerita perkara yang profesional lah.

Tapi baru-baru ni, seorang gadis dengan selambanya ‘spill the tea’ dekat laman LinkedIn tentang hubungan sulitnya dengan seorang ahli politik ‘pembangkang’.


Sebab kan LinkedIn ni digunakan untuk tujuan formal saja, cerita ‘rare’ si gadis ni meletop di platform tersebut hingga ada di kalangan netizen yang kongsikan ia ke laman Twitter. Ini apa yang dikongsikannya:

 

“Ex boyfriend saya seorang ahli politik, selalu terlibat dalam isu rasuah” 

Menurut perkongsian tersebut, kisah pelik bin ajaib gadis ini bermula apabila dia menjadi kekasih kepada ahli politik berkenaan. Dari situlah dia mengetahui yang kekasihnya ni banyak terlibat dalam isu rasuah bila asyik join kekasihnya bermesyuarat dengan business partner.

“Seorang bekas kekasih yang juga seorang ahli politik (salah seorang ahli UMNO), terlibat dalam banyak isu rasuah. 

“Dahulu masa kami pernah berdating, dia selalu bawa saya pergi date yang kemudian diikuti oleh rakan bisnes dan sahabat-sahabatnya. (Selalunya mereka cakap tentang bisnes, tinggalkan saya di tepi dan memerhati sebagai seorang teman wanita yang baik)

“Ada beberapa kali, dia akan menyerahkan beberapa dokumen dan orang asing (warganegara Filipina) akan katakan kepadanya: “Dato’, saya dah pindahkan separuh ke dalam akaun dato’, lagi separuh saya akan pindahkan bila kami dapat barangnya.”

Sapur
sumber: twitter

 

“Cash is King. Macam itulah caranya” 

Dengan selambanya, gadis tersebut bongkar rahsia besar ahli politik itu. Rupa-rupanya…

“Saya selak dokumen, (dan lihat) orang asing tadi meminta kad pengenalan biru Malaysia, surat yang ditulis kepada XXX (Menteri Dalam Negeri). 

“Dengan rasa ingin tahu, di dalam kereta saya bertanya kepadanya: “Apa itu, apa yang dia mahu dari awak?” Dia menjawab: “Sesuatu yang saya buat duit darinya.” 

“Saya tanya: “Apa?” Dia jawab: “Tak ada apalah. Saya rasa awak dah tahu.” Kemudian saya tanya lagi: “Berapa nilainya?” 

“Dia jawab: “100K setiap seorang.” Saya tanya (mula rasa jengkel): “Ini tak betul, awak tahu kan?” Dia jawab: “Cash is King. Macam itulah caranya.” 

2
sumber: twitter

 

“Kami putus. Dia seorang lelaki yang hebat tapi kegilaannya pada duit tak sesuai untuk saya”

Panas tak sampai ke petang, hujan pula di tengah hari. Hubungan gadis tersebut dengan ahli politik terbabit putus di tengah jalan. Nasib baiklah dia sedar rasuah tu salah di sisi undang-undang! 

“Beberapa bulan kemudian kami putus. Dia seorang lelaki yang hebat, tapi kegilaannya pada wang tak sesuai buat saya. Rasuah itu perkara yang buruk, dan dia tahu saya akan tinggalkannya satu masa nanti bila saya makin rapat dengannya. 

“Mesej terakhirnya ialah: Lia, awak seorang wanita yang hebat. Teruslah jadi seperti itu.”

Gitew!

3
sumber: twitter

 

Share pada PDRM atau SPRM bukan dalam LinkedIn

Macam mana pun seperti yang korang agak, netizen pastinya kritik gadis tersebut atas sikap selambanya ‘spill the tea’ tak kena tempat. Dalam pada tu, ada jugak yang cuba meneka siapakah ahli politik misteri terbabit.

Spill La Wei
sumber: twitter

Apa-apapun, kisah ini belum tentu betul atau tak. Boleh jadi pengguna LinkedIn tu sengaja je share kisah macam ni supaya jadi viral kan? Macam manapun, kalau kisah ini kisah benar, segeralah ke balai polis atau SPRM untuk laporkan kegiatan rasuah supaya ia tidak berleluasa di masa sekarang.

Kerlasss share kisah skandal di LinkedIn sekarang ye! 

Baca: Bekas Menteri Terlibat Skandal Cabul Remaja 15 Tahun Dalam Kereta?

Skandal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.