in

Gadis Ini Kongsikan Apa Boleh Buat Kalau Tiba-Tiba Kena Anxiety

Fi Anxiety

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kesihatan mental sebenarnya penting untuk kita ketahui. Kalau sakit fizikal kita boleh nampak, tapi bayangkan sakit yang melibatkan dalaman dan masalah mental, seksa dia hanya pesakit je yang tahu!


Ramai yang suka pandang remeh terhadap kesihatan mental. Tetapi, ramai juga yang dah mula terdedah dan ‘aware’ dengan isu ini. Contohnya, isu anxiety attack. Dah banyak ahli psikologi yang buat perkongsian melalui pelbagai platform terutamanya media sosial untuk memupuk kesedaran orang ramai terhadap isu tersebut.

Jika sebelum ini pernah tular satu perkongsian tentang jenis anxiety attack yang ramai tak tahu, baru-baru ini pula, seorang gadis telah berkongsi beberapa langkah yang boleh dilakukan sekiranya seseorang itu terkena anxiety attack.

Melalui perkongsian daripada @Axfyna ini, dia telah berkongsi 5 steps yang boleh dilakukan sekiranya tiba-tiba jantung rasa laju disebabkan anxiety attack.

Basuh muka dengan air sejuk

Pexels Mas Vathon 984132

Bagi umat Islam, kita selalu digalakkan untuk mengambil wuduk apabila kita berasa marah atau rasa ada perasaan negatif dalam diri. Kalau tak sempat berwuduk, cuci muka dengan air sejuk pun dah okay. Sekurang-kurangnya kita berasa segar dan lega sikit lepas cuci muka tu.

Lakukan teknik ‘deep breathing’

Pexels Vlada Karpovich 8939837

Teknik ‘deep breathing’ ini sangat bagus bukan sahaja untuk tangani anxiety attack, tetapi ia juga boleh membantu dalam mengawal rasa marah dan stress. Cara kawalan pernafasan bagi teknik ini ialah tarik nafas 5 saat, tahan nafas 4 saat, dan hembus nafas selama 7 saat. Buat langkah ini dalam beberapa kali sampai korang rasa tenang atau ‘cool down’. 

Teknik ‘take 5’

Teknik ini pula boleh dilakukan bila korang rasa macam terlalu serabut, banyak benda nak fikir dan kusut. Jadi, berhenti sekejap daripada semua perkara yang tengah buat tu dan lakukan teknik ini. Senang je, kenalpasti 5 benda yang korang boleh nampak di sekeliling korang, 4 benda yang boleh disentuh, 3 benda yang korang dengar. Last sekali, sebutkan 3 perkara yang korang rasa syukur sangat terjadi pada waktu tu.

Tonton atau dengar video/bunyi yang menenangkan

Sekarang ni, dah banyak apps yang boleh tolong seseorang yang mengalami masalah kesihatan mental ni. Selain apps, banyak je video, podcast tentang kesihatan mental atau muzik yang menenangkan ada di internet yang boleh tolong untuk kurangkan rasa anxiety korang. Cari je dekat Youtube, Spotify atau mana-mana apps yang korang selesa nak guna. Banyak je!

Tulis jurnal harian

Pexels Jessica Lynn Lewis 606539

Set masa 2 hingga 5 minit sehari untuk tulis semua perkara yang korang tengah fikir atau yang tengah mengganggu fikiran korang. Lepastu, ambil masa lebih kurang 2 minit untuk persoalan semula semua ‘thoughts’ korang tadi tu. Korang boleh cuba tulis jurnal kalau korang ada masalah overthinking sebelum tidur. InshaAllah, segala ‘thoughts’ tu akan keluar daripada fikiran korang.

Kepada sesiapa yang mengalami masalah berkaitan isu ini, ingat…korang tak berseorangan. Ramai je yang ada bersama korang, ingat orang yang tersayang dan kalau korang perlukan bantuan atau khidmat kaunseling secara online, korang boleh try download apps Swifty ni.

Baca: Cuba muntah tapi tak keluar – Wanita Panik Lepas Tertelan AirPod Disangka Ibuprofen

Baca Anxiety

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.