in

Gadis Ini Dapat Tahu Dijangkiti COVID-19 Sewaktu Rakam Video Cuba Minuman Baru

Untitled Collage 89

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bayangkan tengah rakam video TikTok, sekali kantoi dapat tahu korang rupanya positif COVID-19?


Itu yang berlaku terhadap seorang gadis berusia 19 tahun baru-baru ini. Niatnya cuma nak rakam TikTok sambil cuba minuman baru dari Starbucks, tapi tak sangka lain pula jadinya!

Memetik laporan Times Now News, seorang gadis bernama Maryn Short sedang mencuba minuman yang baru dibelinya namun merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila lidahnya langsung tidak dapat mengesan sebarang rasa pada minuman tersebut.

Takkan tawar je sedangkan minuman tersebut katanya telah ditambah dengan vanilla syrup dan karamel, siap ada whipped cream lagi!

Setelah mencuba sekali lagi, Maryn kemudian mula menyedari bahawa dia mungkin telah dijangkiti COVID-19 sebelum panik dan segera menamatkan rakaman tersebut.

Dalam videonya, Maryn turut memaklumkan pada hari kejadian hidungnya tersumbat ketika bangun dari tidur. Namun dia menganggap itu sebagai satu alahan normal.

Selepas menyedari dia mungkin telah dijangkiti COVID-19, Maryn segera melakukan ujian saringan dan telah disahkan positif wabak tersebut.

 

Baca: “Hilang deria bau & rasa juga boleh dikira simptom Covid-19” – Doktor Pakar UK

Capture 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.