Selepas keputusan mengenai kes kematian Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain diumumkan, netizen masih belum berhenti bercakap mengenai perkara ini di media sosial.
Ytjt kisah sebenar
Terbaru, seorang gadis telah dikecam teruk semalam selepas dia membuat kenyataan seperti memburukkan arwah Zulfarhan. Dalam ciapan melalui Twitter, gadis ini dilihat seperti tahu kisah “sebenar” disebalik kes ini.
Orang hanya akan nampak salah kat si pelaku je, tapi orang tak tahu sebalik kes ni. Pikir logik lah, kalau orang tak usik kita, takkan kita nak usik orang kan? Tak apa lah, ytjt (yang tahu je tahu) kisah sebenar.”
“Kenapa dengan dia?”
Disebabkan ini, ramai netizen telah menyerang gadis ini meminta untuk jelaskan apa sebenarnya maksud kenyataannya itu.
“Saya memang tahu cerita sepenuhnya”
Menerusi salah satu tangkap layar dari netizen, gadis ini ada membalas DM salah seorang warganet yang mahu tahu apa maksud sebenar ciapannya sebelum ini.
Menurut gadis ini, dia tahu cerita sebenar yang berlaku disebaliknya kerana itu dia berani bercakap demikian serta turut memberitahu ramai yang salah faham dengan apa yang cuba nak disampaikannya.
Teman wanita kepada salah seorang pelaku?
Tak cukup dengan itu, hasil penemuan netizen, dorang dapat tahu yang gadis ini merupakan kekasih kepada salah seorang pelaku yang dikenakan hukuman penjara 18 tahun. Yekeni? Kebetulan sama nama kot?
“Maaf pasal twt tu”
Bagaimanapun, selepas diserang netizen, gadis ini telah pun meminta maaf dan mengatakan yang dia tiada niat apa-apa disebalik ciapannya sebelum ini.
Maaf pasal twt tu. takde niat apa-apa langsung dan tak sangka pulak boleh jadi panjang cerita ni. harap semua boleh stop pasal hal ni. minta maaf semua & aku maafkan semua yg maki, caci aku.
“Cuma apa yg aku nak cakap, aku tak bela mana-mana pihak. tolong jgn salah faham dgn twt tu & harap korang boleh fahamkan betul-betul apa yg aku twt. tu je, sorry.”
Baca: 90 Tekapan Seterika Wap Sebabkan Kematian Zulfarhan, Hakim Dedah Mangsa Boleh Diselamatkan Jika…