Semua pasti tahu, sekiranya kita ada mengalami simptom seperti sakit kepala, sakit tekak, selesema, demam atau batuk, segeralah dapatkan rawatan tanpa bertangguh kerana ia mungkin tanda awal jangkitan Covid-19.
Namun, jangkitan ini bukan sekadar mempunyai tanda awal sahaja, ia juga akan meninggalkan kesan sampingan setelah para pesakit sembuh yang dinamakan sebagai parosmia.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok milik Natalia ini, dia mendakwa dirinya masih tiada deria rasa walaupun sudah 10 bulan pulih daripada jangkitan Covid-19.
https://www.tiktok.com/@hannahbaked/video/7030525419069672709?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8vM9vJT8m3wwsFtL1sszef08azXKfNMa0YKGIqJniJW8sEbFAZ8uz7MURkfCNRWVWDIW2uwFy5OqnFraBGgA%3D&checksum=c16ce1f7178f9796db2db686c8050118fd30b779442745ea9871fce824a022d7&language=en&mid=7028292655268268033&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA4pw52LJxGKS07ELvkWP9b4NiULCPRRoLaoGlZsXKD7_xPrHuZiCeTqvkYjVEmYZt&share_app_id=1180&share_item_id=7030525419069672709&share_link_id=7B85108B-B471-4352-8451-F26D8615BEA9&source=h5_t×tamp=1637202974&tt_from=copy&u_code=de21752elg052h&user_id=6861237501894755329&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6894214971031586306
Apakah itu parosmia?
Menurut laman Healthline, parosmia adalah sejenis gangguan bau di mana bau menjadi sangat mengganggu. Contohnya, sesuatu yang pernah berbau harum mungkin berbau busuk kepada penghidap parosmia.
Sebelum kehadiran wabak Covid-19 ini, antara punca menghidap simptom parosmia ini ialah seperti jangkitan saluran pernafasan, kecederaan kepala, masalah resdung, pendedahan kepada toksin serta keadaan masalah neurologi epilepsi atau penyakit Parkinson.
Bagaimana parosmia memberi kesan terhadap kehidupan?
Parosmia boleh memberi kesan kepada kualiti hidup sesiapa yang menghidapnya. Mereka yang menghidap parosmia berpotensi untuk mengalami kurang selera makan, berat badan menurun serta kemurungan.
Apa kaitan parosmia dengan Covid-19?
Punca sebenar COVID-19 menyebabkan parosmia masih tidak diketahui. Walau bagaimanapun, penyelidik mempunyai beberapa anggapan mengenai isu ini. Ada kemungkinan jangkitan Covid-19 ini telah merosakkan reseptor dan saraf yang terlibat dengan deria bau.
Antara bau busuk yang akan dialami pesakit termasuklah bau kumbahan atau sampah, daging atau telur busuk, berasap atau terbakar, petrol, logam, ammonia atau cuka, atau stokin berkulat.
Berapa lama bekas pesakit Covid-19 akan menghidap parosmia?
Secara umumnya, dikatakan parosmia selepas COVID-19 boleh beransur-ansur pudar mengikut peredaran waktu. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk melihat sekiranya ada peningkatan dan perubahan.
Menurut kajian, 49.3% pesakit melaporkan parosmia mereka bertambah baik dalam masa 3 bulan. Baki 50.7% pula hanya mengambil masa 3 bulan untuk hilang.
Pada Mei 2021, kajian mendapati bahawa pesakit melaporkan parosmia yang berlarutan antara 9 hari dan 6 bulan. Tempoh purata parosmia ialah 3.4 bulan.
Namun begitu, melalui video Natalia tersebut, dia telah berjumpa dengan doktor kerana bimbang tempoh masa yang diambil olehnya sudah terlalu lama sehingga 10 bulan. Menambah lagi kebimbangannya, doktor tersebut berkata sekiranya parosmia yang dihidapi melebihi tempoh setahun, sakit itu akan terus menghantui hidupnya dan dia akan sentiasa mempunyai masalah gangguan bau tersebut.
Pada akhir video gadis tersebut, dia mengingati semua masyarakat untuk sentiasa menjaga SOP dan memakai pelitup muka kerana wabak Covid-19 bukan sahaja dialami pada awal fasa sahaja, namun ia mungkin akan menghantui kita walaupun setelah sembuh daripada penyakit tersebut.
Ketahui lebih lanjut mengenai parosmia di sini.
Baca: Kes COVID 19 Makin Meningkat, Beberapa Negara Eropah Pertimbang ‘Lockdown’ Semula!